Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

Main dalam hujan

 

Dari kecik sampaila besar main jugak dalam hujan.. Kalau dulu, zaman kanak2, main bola tin, dalam hujan.. Duk pekong jugak bola tu xkira hujan lebat mana pun.. Bila kena sound ngan mummy(ewahhh..mummy tuh), baru nak naik rumah. Kena ‘piaq’ baru nak nangih guling2..ihik2..
    Masuk sekolah menengah pun main dalam hujan jugak.. Duk tendang jugak bola dekat padang sekolah tuh dalam hujan. Bila bola tak masuk gol sebab air bertakung depan pintu gol, baru la nak kuciwa. Bila warden datang halau, baru nak lari bertempiaran sampai langgar tiang.. dasar anak nakal..Open-mouthed smile
    Sekarang dah masuk universiti pun masih sama. Bak kata kanak2 sekolah rendah, universiti ni main pun xkena hujan. Semua mewah. 50 bintang katanya, hiperbola. Tapi macam tulah. Kata tak macam realiti. Masuk ‘u’ pn masih lagi duk berhujan. Cuma kali ni lagi ‘moden’ skit. Male sport complex namanya. Tiada lagi padang sekolah berlopak. Tiada lagi ‘belakang’ rumah mak cik bedah. Tapi apa-apa pun, ianya tetap ‘main dalam hujan’. Noktah.boy-playing-in-rain


(gambar ihsan dari google)

Monday, April 16, 2012

Review Rancangan Bicara Rakyat di TV1(Tajuk: Pengurusan Perspeksi)

       Dalam 2,3 tahun yang lepas, eh bukan, maksud aku 2,3 hari yang lepas, aku ade streaming video ulangan bicara rakyat dekat TV1.. Maklumlah waktu tu broadband SKMM ni laju lagi.. Tapi sekarang lambat macam kure2 patah kaki.. da la kure2, pahtu patah kaki plak!!! grrrr..T_T..  Berbalik kepada isu, tajuk bicara rakyat kat TV1 tu ialah pengurusan perspepsi. Menarik, sebab tu aku tengok selama sejam sampai habis.. Dengan harapan nak tau kesimpulan daripada topik tersebut..
     Panelis2 bicara rakyat itu ialah Shamsul Iskandar( Ketua AMK), Zaid Mat Arep(AMT Perkasa) dan juga Dr. Ridhuan Tee Abdullah. Mereka2 ni membingcangkan topik tentang pengurusan perspepsi dalam politik. Pada mulanya aku xde la nak menyokong mana2 pihak memandangkan ianya bukanlah debat berkaitan harijadi najib mahupun liwat anwar tapi hanyalah tentang bagaimana untuk menguruskan perspepsi. Tapi forum ni jadi makin panas, apabila ianya menimbulkan isu2 yang lebih ‘hot’
   Tapi yang aku dapat simpulkan berdasarkan pemerhatian aku terhadap video ini ialah: 

Sunday, April 15, 2012

Kaca dan Permata

Kalo hang rase hang hebat, cuba hang pegi dekat orang yang hebat2… konpem hang rase hang ni kecikkk jah.. Macam daun2 kering.. xdak orang nak ambik tahu.. Selagi hang duk stay dalam environment biasa ja, yang mana Allah bg hang kelebihan yang mana orang-orang sekitar hang x ada, mmg hang rasa hang ni macam permata.. yang lain suma kaca… Cuba try pi dekat longgokkan permata.. Haaaaa… sape lagi nak pandang hang!! Open-mouthed smile

 

 




nota jari extra comel: Berhijrah la kalau nak improve diri.. jangan berada di takuk lama dan jangan toleh blakang lagi..

Thursday, April 12, 2012

JOM SAYANG ULAMA’

2012-04-13 14.35.17

Bangga melihat TGNA bersama2 ulama’ hebat yang lain. Tapi masih ada sesetengah pihak yang sanggup mencaci ulama’ sebegini.



Jom sayang ulama’..=)

Soal Jawab PTPTN: Kita Mampu Hapuskan PTPTN

Klik link ini untuk pautan: Link

 



P.S: MESTI BACA!!

Weekend

Weekend? Masa untuk berehat? mimpilah.. exam derrr… Banyak lagi mau setadi dalam badan yang masih xbape nak sihat.. Merajuk kot sebab sakit-sakit pun tetap melalak.. Nasib baik sore semalam xpecah.. Sore xbape elok lagi.. Aigoo..  Nasib baik gua xpegi johor a.k.a program GPMS tuh.. kalu tak naye jugak.. Dengan tak sihat nye, dengan nak stadi exam nye, n btw, sepatutnye hari ni aku tengah sibuk duk jual laptop dah..

 

 

 


“ Bang! Laptop bang.. Asus Laptop.. Murah bang!! Lai3…. “
Ahak3.. Kenangan PC Fair yang lepas memang mencuit hati… Sesekali ade jugak tersebut ‘Asos Laptup’.. Pastu gelak sengsorang.. Haha… Ade sekali tu waktu tengah keje, tengok la pakcik ni tengah berjalan punye la serius.. bawak kotak sebijik.. Aku pun mencelah la di tengah jalan beliau..
”Pakcik! Laptop pakcik.. pakcik nak cari laptop ape ye?”
”Pakcik: Hang jangan tak buat aku lagi panas!! Aku dah cukup panas dah ni!!!!”

Thursday, January 5, 2012

Labelling Dari Perspektif Penulis


Labelling? Apa itu labeling? Dari segi maksud dan definisi boleh rujuk kamus dewan atau sheikh Wikipedia. Sy xnak copy dan paste shj disini. Namun, apa yg ingin sy fokuskan pd post kali ini adalah bukan hanya tentang definisi, tapi tentang dimana berlakunya labeling ini. Ia satu perkara yg pada kita mungkin amat biasa dan boleh berlaku pada semua peringkat masyarakat, namun adakah sesiapa menyedari bahawa kesannya boleh menjadi nanah yg akan merebak, parah. Lihat contoh perbualan hamba Allah di bwh ini:

Dialog 1:
“ Apsal aku tgk mamat tu macam pelik je. Muka ganas.. konpem kaki pukul!”
Dialog 2:
“Aku geram betul dengan minah sorg ni.ade ke patut die report kat makwe aku pasal aku.. memang pengkhianat..”

Melalui dialog diatas, secara jelas kita boleh Nampak bahawa dialog 1 dan 2 melabelkan individu tersebut  sbg kaki pukul dan pengkhianat, dan perbezaan antara dua dialog tersebut adalah dialog A, mamat itu dilabel sbg kaki kaki pukul melalui penampilan dan minah B tu pula melalui tingkah laku, tapi kedua-duanya membawa kpd labeling.

Sunday, December 18, 2011

Apabila 'spiritual' dan 'material' tidak lagi seimbang.

Salam alaik'

Mencari mardhatillah

     Sejak akhir-akhir ini, Malaysia sering digemparkan dengan isu-isu panas berkaitan agama yang mana bukan lagi isu panas, tetapi sbg satu petanda bahawa manusia ini amat tidak bersyukur dengan rahmat yg Allah Taala kurniakan.. Isu hudud? Manifesto politik?  Kalimah-kalimah biasa yang tertulis di laman-laman blog penulis blogger yang kreatif dalam mengutarakan pendapat-pendapat sendiri sehingga ada yang mengolah mengikut logik akal dan nafsu..



            Berbalik kepada tajuk diatas, apa yang dimaksudkan ketidakseimbangan 'spiritual' dan 'material' itu ialah apabila manusia sudah mula berani untuk menolak hukum dan syariat Allah dan mendahulukan hal keduniaan walhal mereka alpa dan lupa bahwa dunia ini siapa yang punya?  Begitulah yang terjadi pada negara Malaysia pada masa sekarang lebih-lebih lagi tentang isu hudud yang sudah bermula sejak zaman tok nenek moyang kita dan mungkin tidak akan berakhir hingga Yaumul Qiamah. Masing-masing mengutarakan pendapat dan hujah berdasarkan sumber yang berlainan iaitu ilmu, logik akal, nafsu dan kepentingan sendiri dan lain-lain lagi. 


           
            Sebenarnya hudud ini bukanlah satu isu, tetapi satu cabang islam yang telah disyariatkan Allah untuk dilaksanakan, dibincang,dihayati dan sebagainya. Tetapi apabila ada pihak yang cuba menegakkan hukum Allah Taala ini, meraka dianggap umpama menegakkan benang yang basah, dan dilayan seperti seorang musuh politik yang sedang membentangkan manifesto pilihanraya. Sedangkan apa yang dibentangkan selari dengan apa yang difirmankan Allah Taala dalam Al-Quran Al-Karim. Dan lebih buruk lagi ada sesetengah manusia yang sanggup memperlekehkan hukum Allah yang mulia ini.



     Kita yang mendengar merasa takut, tapi mereka yang bertutur langsung tiada perasaan gerun kpd pembalasan Allah Taala. Jika Malaysia dilanda bala bencana, tak usah dikaji apa puncanya kerana jelas, terang, lagi bersuluh apa sebabnya.

Saturday, May 28, 2011

Aku dilamar..


Tak sangka plak dapat tawaran dari unic record stelah mereka dgr lagu yg aku cipta n upload dkt youtube berthn2 lamenye..=) tp ssh untuk aku terima lamaran ni..hehe.. cukup lah sekadar jadi penasyid indie yg syok sendiri..haha ..buat abg bazli, time kasih atas tawaran.. semoga UNIC terus maju jaya.. Allahuakbar!!

Sunday, May 22, 2011

Miracle??


           Pernah tak satu masa dalam poket korg xde duit satu sen pun.. Maknanya duit berpuluh2 tu ada, duit satu sen yg xde.. Mane nak dapat duit satu sen sekarang ni.. haha(gelak sengsorg) ..melawak je.. Maksud aku xde duit langsung lah tu.. Ape agaknye perasaan korg waktu tu. Kelam kabut? Risau? Pk bukan2? Nak mencuri? Sedih? Nak menangis? Haaaa.. ni kawe nok celita nih…
 ***
Ada la sorg mamat ni..(nama xde kaitan dgn mamat exist okay).. Dia xde duit langsung dalam poket di xkira lah duit satu sen atau pun 50 ghiya bak kata org Terengganu.. Mamat ni xsmoking dan dier habis duit sebab guna untuk belajar, maklumlah masuk sem baru.. beli itu, beli ini, beli belah, batu belah batu bertangkup..eh2.. dah melalut dah.. sori.. k sambung.. TAPI yang bagusnya pasal mamat ni, bila xde duit, dia xpernah kelam kabut.. katanya rezeki Allah itu luas.. Dalammasa yg sama, dia ada jugak plan2 camne nak cari duit..bisnes or watsoeva bak kata orang putess.. Tapi dia xpernah kelam kabut jauh sekali terfikir untuk mencuri ke..ape ke.. perasaan risau tu xwujud walau xde duit langsung, walau kuarga dia jauh sekali.. Dan tanpa dijangka2, satu hari, rezeki datang mencurah2.. daripada xde duit, die dpt bnyk duit.. dari abg dia yg xpernah kirim duit, tapi tiba2 kol untuk bg duit.. Mak sdara bagi.. Parent masukkan tanpa dia sedar.. padahal xde orang tahu pun dia xde duit.. Dan benda ni terjadi padanya bukan sekali, tapi berkali2.. Ini lah bukti Allah sayangkan hambanya2.

Saturday, May 21, 2011

Syabas Devotees!


Syabas Devotees atas majlis pelancaran album baru-baru ni..=)
Semoga terus maju jaya.. Dan kepada semua yg membaca post nih, jgn lupa untuk beli album baru devotees; berjalan tanpa henti.. Saya jamin anda xkan rugi.. Lagu2 nya mantap dan penuh pedoman..=)

10 Fakta tentang Negara Haram Israel

1. Tahukah anda bahawa selain dari bangsa yahudi, adalah dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?
2. Tahukah anda bahwa setiap bangsa yahudi yang berada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang dilahirkan di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin
3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membedakan antara kaum yahudi dan bukan yahudi
4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat Barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel
5. Tahukah anda bahawa Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk kaum yahudi dan membagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realitinya, Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu
6. Tahukah anda bahawa Amerika memberi dana sebanyak 5 million USD setiap tahun  untuk   Israel?
7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 18 million USD setiap tahun? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu adalah sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di Benua Afrika?
8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 million USD dari Amerika yang terdiri dari pesawat tempur F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara sekutu utama bagi Israel, maka ia  memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kemandiriannya.
9. Tahukah anda bahawa pemimpin Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.
10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak untuk menandatangani larangan penambahan senjata nuklear? Dan menolak pasukan penyiasatan PBB untuk memeriksa tempat penyimpanan nuklear mereka.

Suatu hari nanti, pemimpin, konco-konco mereka serta negara haram mereka yakni ISRAEL pasti akan mati semuanya! ALLAHUAKBAR!!

Thursday, May 19, 2011

Nasyid kolot and low klasss??

“A:   Eh..ko dengar nasyid ke?
B:    Dengar lah..best woo..macam chicken chop
A:    Giler kolot.. ape yg bestnye nasyid? Jiwang je banyak
B:    Wei..kopehal!!
(mereka pun terus bertumbuk2)

Hehe..abaikan part bertumbuk kat atas ye.Saje je nak menarikkan lagi cerita..haha.. Dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yg telah ke rahmatullah.. Rase2nye dialog kat atas pernah berlaku x? Kalo campur dengan pasrt bertumbuk tuh mestilah tak pernah..Sapelah nak bertumbuk sebab nasyid.. Aku yg minat nasyid sejak dari kecik ni pun xpenah tumbuk orang sebab nasyid.. Tumbuk bantal ade la..
                Persoalannya kat sini, kenapa mesti ada pendapat sedemikian terhadap irama nasyid? Dan dengan tegasnya aku nyatakan disini aku sgt tak setuju dengan pendapat si A tu.Rasenye nak tumbuk je die tu..eh tumbuk lg..pecah rahsia.. hehe.. Ye,sesetengah manusia mengatakan irama nasyid ni ntah ape2 ntah,jiwang,berkarat dan jiwang karat. Dan aku sangat tak setuju. 3 fakta yang aku boleh bagi kat sini;

Tuesday, May 17, 2011

Tips download sepantas kilat:IDM yg hot

IDM atau nama penuh dalam surat beranaknye ialah internet download manager merupakan satu software yg memang sentiasa hot dr dulu smpai sekarang..Mungkin ramai orang minat Justin Bibier, tapi ingt, pengguna IDM lagi ramai dari peminatJustin bibier tau.. hehe.. comel x perbandingan ni? =p Ape itu IDM? IDM tu software untuk mendownload..download apa? Macam2 lah.. Daripada yang baik kepada jahat.. atau dengan kata lain, IDM ni merupakan software yang sangat user-friendly, senang, effective, productive, dan detective.. eh..detective tu bukan..salah word.. 

IDM ni gunanya untuk mendownload ape sahaja benda, mp3, video dan sebagainya.. Tapi apa yang membuatkan IDM ni sangat special lagi special dari burger special?
Ianya kerana IDM mampu meningkat transfer rate berkali2 ganda berbanding yang biasa atau default downloader.. Tak paham? Ok..bahasa mudah.. IDM ni boleh membuatkan download anda siap dengan pantas!! Kalu biasa download maharaja lawak sejam baru siap, dengan IDM 10 minit pun bleh siap..sekarang dah paham kan? Hehe.. IDM ni bagi aku merupakan satu kemestian yang setipa laptop mesti ada.Banyak lagi sebenarnya software yang sama macam IDM seperti IDA(bukan nama orang) stands for internet download accelerator..Limewire..dan banyak lagi lah..aku pun xingt.. Tapi setakat ni, IDm je software yang betul2 efective dan productive!! Macam mana rupanya pakcik IDM ni? Lihat bawah meja..eh bukan..bawah ni..
 (klik gambar untuk tumbesaran)

Sunday, May 15, 2011

Faktor-faktor kenape lelaki suka bola:

1.Pengaruh rakan..orang sibuk tgk, kite tgk jgk
2.Skill pemain yang memukau dan seterusnya menyebabkan penonton dipukau
3.Suka berangan waktu tgk bola
4.Sebab bola itu bulat,kalau petak konpem xsuka
5.Sebab pengadil dari Malaysia jd penjaga masa( lelaki malaysia shj)
6.Sebagai simbol kemachoan di hadapan gadis2
7.Bola je yang pandai, yang lain tangan kaki dan segala anggota bangku( Kecuali kaki bangku)
8.Suka bertaruh( yang ni kawan baik syaitan durjana)
9.Saje buat kecoh, konon fanatik.. Tanye messi pun xkenal..haprakk
10.Terpengaruh ngan keluarga. Mak ayah layan bola, so anak ikut sama. Si emak melompat tgk ronaldo score, si anak pun sama.
11.Mak sibuk tgk bola waktu mengandung
12.Bola itu cantik
13.xde idea dah

hehe..Sapa makan cili dia terasa pedasnya. Tapi cili merah besar tu tak pedas.So peribahasa ni untuk cili kecik sahaja ok..haha..amende ntah mengarut.

Saturday, May 14, 2011

7 Fakta Kekayaan Bill Gates




1.Setiap saat, Bill Gates menjana pendapatan sebanyak US$250 (RM750) setiap SAAT. Iaitu bermaksud US$20 Million (RM60 Juta) dalam sehari, US$140 Million (RM420 Juta) dalam tempoh 1 Minggu dan US$7.8 Billion (RM23.4 Bilion) dalam setahun!

2.Jika US$1,000 tercicir dari poket Bill Gates, itu bukannya masalah besar bagi dia. Dia akan memperolehi jumlah tersebut dalam masa 4 Saat sahaja.
3.Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion. Jika Bill Gates sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja utk melakukannya.
4.Andai kata, dia mensedekahkan US$15 (RM45) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM15 Juta) dalam simpanannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

http//hairishazwan.com©

Officially Designed by Hairi Shazwan
Launched on 14th May 2011

  © BLOG DESIGN Inspiration by YiE@Art Effects StuDiOs 2011

Back to TOP