Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

Main dalam hujan

 

Dari kecik sampaila besar main jugak dalam hujan.. Kalau dulu, zaman kanak2, main bola tin, dalam hujan.. Duk pekong jugak bola tu xkira hujan lebat mana pun.. Bila kena sound ngan mummy(ewahhh..mummy tuh), baru nak naik rumah. Kena ‘piaq’ baru nak nangih guling2..ihik2..
    Masuk sekolah menengah pun main dalam hujan jugak.. Duk tendang jugak bola dekat padang sekolah tuh dalam hujan. Bila bola tak masuk gol sebab air bertakung depan pintu gol, baru la nak kuciwa. Bila warden datang halau, baru nak lari bertempiaran sampai langgar tiang.. dasar anak nakal..Open-mouthed smile
    Sekarang dah masuk universiti pun masih sama. Bak kata kanak2 sekolah rendah, universiti ni main pun xkena hujan. Semua mewah. 50 bintang katanya, hiperbola. Tapi macam tulah. Kata tak macam realiti. Masuk ‘u’ pn masih lagi duk berhujan. Cuma kali ni lagi ‘moden’ skit. Male sport complex namanya. Tiada lagi padang sekolah berlopak. Tiada lagi ‘belakang’ rumah mak cik bedah. Tapi apa-apa pun, ianya tetap ‘main dalam hujan’. Noktah.boy-playing-in-rain


(gambar ihsan dari google)

Monday, April 16, 2012

Sem ni mencaborr derr

Salam…

 



Tiada kata ingin kuucap pabila melihat markah manu auto dan cadcam yang sangat lah ‘hebat’..  Perghhh.. macam mana gua mau survive.. Nak drop mana mau cari RM500(bling! bling! bling!)

 



inilah sistem uia, anda mau drop dalm tempoh belajar, anda kena bayar RM500.. perghhh.. Xkan la gua nak pegi ofis n buat camni:



“kak, saya nak drop!”
”drop ape?”
”drop subjek kak.. xkan one drop perfume plak..”


“oraittt.. duit RM500 bawak tak?”


“Bayar pakai ni boleh kak?(Sambil mengangkat hp samsung galaxy y aku..hehe)”


Tak sanggup den nak bayar RM500..
Setengah ribu tu derrrrrr!! T_T

Thursday, April 12, 2012

Allah tempat mengadu

Kadangkala hati resah.. Beban masalah datang mmg tanpa amaran.. Bila hati resah seakan semangat hilang.. Senyuman sudah pasti dipaksa2.. Huh.. Persembahan sudah habis.. Walaupun secara generalnya tidak memuaskan, tapi yg penting sudah buat yg terbaik.. Walau abg ‘walid’ cakap mengecewakan coz his expectation tnggi, tapi apa kan daya.. Mic sy slow bang.. Dan hati kembali resah dibebani masalah yg kian menerjah.. Hari isnin depan dah exam.. Macam mana mau fokus dengan hati yg sebegini..=) ahh.. aku perlukan ketenangan.. Tiada lagi tempat mengadu selain Allah.. yg kekal abadi.. tidak akan pergi…

Monday, April 9, 2012

SALA SAMA2

Selesema sebenarnye.. Dugaan.. Biase nak sembuh selesema punye la sekejeap.. But now I dun know why its takes a long time to heal..(kecek org putes tuu..) tapi xpo, ni semua dugaan dari Allah.. Ya Allah, permudahkanlah.. Khamis ni hambamu ini kene menyanyi.. T_T..Amin…

Sunday, January 29, 2012

EIT: Kisah seribu satu malam

Capture
Amacam? Nampak best tak? PHOENIX FAR EAST SDB BHD, company untuk Engineering Industrial Training yang aku secara rasmi nya dah diterima dengan elaun 400 tak termasuk elaun makan dan minyak. Maknanya tambah tolak bahagi darab punca kuasa dua ade la dalam 600 lebih kot.
TAPI… nampak senang, tapi penuh dengan seribu satu cerita.. Tak tahu nak klafikasikan kategori ape.. Kalo nak rasa lawak, jadi lah cerita lawak.Open-mouthed smile

     Suatu pagi yang hening lagi aman damai(sebab semua da balik kampung), aku dengan bermalas-malasan bangunla dari tido, mandi untuk bersiap pergi interview syarikat phoenix ni di batu caves. Nak tahu kenapa nama dia batu caves dan bukan batu belah batu bertangkup, saya tak tahu. Boleh tanya warga emas di sana. Jadi, dipendekkan cerita lokasi phoenix punye company ni saya langsung tak tahu.
     Al-maklumlah kilang, xkan dalam kilang ada tempat karaoke.. Kalau ada tempat karaoke dalam kilang tu, konpem saya tahu lokasi dia kat mana.. hehe..pandai dak? Jadi pada malam before kejadian itu, saya telah check GOOGLE MAP dan kemudian dengan bangganya mengisytiharkan bahawa saya tahu tempat tersebut setelah merujuk GOOGLE MAP tadi.Rujuk dibawah.
Untitled

Tuesday, August 25, 2009

Memori Ramadhan 2006 =)





SAHABATKU-DEVOTEES.. Tribute for my frenz.. ukhuwwah fillah..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

http//hairishazwan.com©

Officially Designed by Hairi Shazwan
Launched on 14th May 2011

  © BLOG DESIGN Inspiration by YiE@Art Effects StuDiOs 2011

Back to TOP