Showing posts with label free. Show all posts
Showing posts with label free. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

Main dalam hujan

 

Dari kecik sampaila besar main jugak dalam hujan.. Kalau dulu, zaman kanak2, main bola tin, dalam hujan.. Duk pekong jugak bola tu xkira hujan lebat mana pun.. Bila kena sound ngan mummy(ewahhh..mummy tuh), baru nak naik rumah. Kena ‘piaq’ baru nak nangih guling2..ihik2..
    Masuk sekolah menengah pun main dalam hujan jugak.. Duk tendang jugak bola dekat padang sekolah tuh dalam hujan. Bila bola tak masuk gol sebab air bertakung depan pintu gol, baru la nak kuciwa. Bila warden datang halau, baru nak lari bertempiaran sampai langgar tiang.. dasar anak nakal..Open-mouthed smile
    Sekarang dah masuk universiti pun masih sama. Bak kata kanak2 sekolah rendah, universiti ni main pun xkena hujan. Semua mewah. 50 bintang katanya, hiperbola. Tapi macam tulah. Kata tak macam realiti. Masuk ‘u’ pn masih lagi duk berhujan. Cuma kali ni lagi ‘moden’ skit. Male sport complex namanya. Tiada lagi padang sekolah berlopak. Tiada lagi ‘belakang’ rumah mak cik bedah. Tapi apa-apa pun, ianya tetap ‘main dalam hujan’. Noktah.boy-playing-in-rain


(gambar ihsan dari google)

Monday, April 16, 2012

Aretis! haha

305579_357205700992382_324832284229724_1008535_1919861233_n


P.s: Mic aku rosak.Stress gilor.. aku sendiri tak dengar apa la aku duk melalak atas pentas tuh.

Saturday, April 14, 2012

Foot@Food?

 

Foot itu kaki, food itu makanan, bunyi mmg sama, tapi maksud dan bentuknya berlainan.. Memang sewel la sape yang cakap makanan dan kaki mempunyai bentuk yg sama.. Namun foot dan food ini ada kaitan nya..  Sbg contoh:

 



Lokasi: KFC


“Pekerja: Ye Encik? Makan atau take away?


“Saya: Emm.. Saya datang sini nak makan ayam.. bukan nak MAKAN KAKI.. bukan nak cari gaduh la tu maknanya..hehehe(troll face)”


Hehehe..pandai dak? tu la kaitan nya.. Bercakap pasal makanan, untuk sape2 yang belum tahu, Burger King ade wat promotion skang ni.. RM10 untuk 2 set.. Satu set tu ade burger, fries dan ayaq yang boleh refill skali.. Murah tuh.. Jadi, melantaklah sebelum terlambat. Dan bagi peminat burger seantero dunia, boleh la ke KAW2 BURGER untuk makan burger diorg yang skang nih mmg glamer dsebbakan ke’besaran’ burger itu sampai kena cucuk lidi.. kalau tak nnti jatuh.. Nak tahu try sendiri.. Wangsa maju pn ade .. Tapi kena tnggu sejam la baru dapat.. Orang ramai sangat sampai beratur atas jalan..


    Hari tu sampai eksiden 3, 4 buah kreta sebab barisan menunggu dekat burger tersebut panjang sangat…………………………….(tipu je)

Thursday, April 12, 2012

JOM SAYANG ULAMA’

2012-04-13 14.35.17

Bangga melihat TGNA bersama2 ulama’ hebat yang lain. Tapi masih ada sesetengah pihak yang sanggup mencaci ulama’ sebegini.



Jom sayang ulama’..=)

Soal Jawab PTPTN: Kita Mampu Hapuskan PTPTN

Klik link ini untuk pautan: Link

 



P.S: MESTI BACA!!

Weekend

Weekend? Masa untuk berehat? mimpilah.. exam derrr… Banyak lagi mau setadi dalam badan yang masih xbape nak sihat.. Merajuk kot sebab sakit-sakit pun tetap melalak.. Nasib baik sore semalam xpecah.. Sore xbape elok lagi.. Aigoo..  Nasib baik gua xpegi johor a.k.a program GPMS tuh.. kalu tak naye jugak.. Dengan tak sihat nye, dengan nak stadi exam nye, n btw, sepatutnye hari ni aku tengah sibuk duk jual laptop dah..

 

 

 


“ Bang! Laptop bang.. Asus Laptop.. Murah bang!! Lai3…. “
Ahak3.. Kenangan PC Fair yang lepas memang mencuit hati… Sesekali ade jugak tersebut ‘Asos Laptup’.. Pastu gelak sengsorang.. Haha… Ade sekali tu waktu tengah keje, tengok la pakcik ni tengah berjalan punye la serius.. bawak kotak sebijik.. Aku pun mencelah la di tengah jalan beliau..
”Pakcik! Laptop pakcik.. pakcik nak cari laptop ape ye?”
”Pakcik: Hang jangan tak buat aku lagi panas!! Aku dah cukup panas dah ni!!!!”

Allah tempat mengadu

Kadangkala hati resah.. Beban masalah datang mmg tanpa amaran.. Bila hati resah seakan semangat hilang.. Senyuman sudah pasti dipaksa2.. Huh.. Persembahan sudah habis.. Walaupun secara generalnya tidak memuaskan, tapi yg penting sudah buat yg terbaik.. Walau abg ‘walid’ cakap mengecewakan coz his expectation tnggi, tapi apa kan daya.. Mic sy slow bang.. Dan hati kembali resah dibebani masalah yg kian menerjah.. Hari isnin depan dah exam.. Macam mana mau fokus dengan hati yg sebegini..=) ahh.. aku perlukan ketenangan.. Tiada lagi tempat mengadu selain Allah.. yg kekal abadi.. tidak akan pergi…

Sunday, January 29, 2012

EIT: Kisah seribu satu malam

Capture
Amacam? Nampak best tak? PHOENIX FAR EAST SDB BHD, company untuk Engineering Industrial Training yang aku secara rasmi nya dah diterima dengan elaun 400 tak termasuk elaun makan dan minyak. Maknanya tambah tolak bahagi darab punca kuasa dua ade la dalam 600 lebih kot.
TAPI… nampak senang, tapi penuh dengan seribu satu cerita.. Tak tahu nak klafikasikan kategori ape.. Kalo nak rasa lawak, jadi lah cerita lawak.Open-mouthed smile

     Suatu pagi yang hening lagi aman damai(sebab semua da balik kampung), aku dengan bermalas-malasan bangunla dari tido, mandi untuk bersiap pergi interview syarikat phoenix ni di batu caves. Nak tahu kenapa nama dia batu caves dan bukan batu belah batu bertangkup, saya tak tahu. Boleh tanya warga emas di sana. Jadi, dipendekkan cerita lokasi phoenix punye company ni saya langsung tak tahu.
     Al-maklumlah kilang, xkan dalam kilang ada tempat karaoke.. Kalau ada tempat karaoke dalam kilang tu, konpem saya tahu lokasi dia kat mana.. hehe..pandai dak? Jadi pada malam before kejadian itu, saya telah check GOOGLE MAP dan kemudian dengan bangganya mengisytiharkan bahawa saya tahu tempat tersebut setelah merujuk GOOGLE MAP tadi.Rujuk dibawah.
Untitled

Wednesday, January 18, 2012

Kisah Fitnah dan UMNO

Post kali ni, sy ingin mengulas dengan lebih panjang sedikit berbanding sebelum ini. Apa yang akan sy luahkan bukan lah berpaksikan pegangan atau ikutan saya, tapi hanyalah pendapat peribadi dari sekeping otak yang dianugerahkan Allah. Terpulang kepada mana-mana individu ingin menyokong atau membantah secara total.

Apa yang dapat sy lihat, permainan sesetengah pihak, yang mana sy tidak menolak bahawa puak ini adalah puak UMNO, dilihat semakin menjadi2 sejak kekalahan Saifuk Bukhari dalam kes perbicaraan liwat Anwar Ibrahim. Meskipun Anwar Ibrahim sudah dibebaskan dari tuduhan ada sahaja fitnah2 lain yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim.

Sy pernah terbaca satu statement daripada ulama terkenal dunia, Yusuf Al-Qaradawi, tentang pandangan beliau berkaitan kes Anwar. Beliau berpendapat menurut undang-undang Islam, Anwar sebenarnye tidak bersalah kerana kes beliau tidak mempunyai saksi dan bukti yang cukup, dan yang paling penting kes Anwar ini berlanjutan buat satu tempoh yang lama sehingga mengaibkan Anwar itu sendiri. Islam sama sekali tidak akan mengaibkan umatnya. Namun tanggal 901(9 Jan) menyaksikan kes liwat tersebut telah berakhir dimana Anwar dibebaskan dengan keputusan tidak bersalah. Keputusan tersebut seharusnya diterima oleh semua rakyat, namun masih ada yang membantah keputusan itu. Sebenarnya, majority bukan mahukan pihak-pihak mane yang menang, tapi mereka sudah jelak dengan kes anwar ini yang sudah lama berlanjutan tanpa arah tuju, dan kini, setelah keputusan diumumkan, kes ini sepatutnya mula dilupakan, bukannya kembali dibantah dan dipanjangkan lagi.

Namun apa yang mengejutkan, 2 hari selepas keputusan liwat itu diumumkan, akhbar Berita Harian sekali mempamerkan berita hangat bahawa Anwar menyokong golongan gay. Berita tersebut ditulis hanya kerana satu video anwar yang ditemuramah oleh BBC dan yang paling menyedihkan, quote atau ulasan dari anwar dalam temuramah berikut hanya diambil sekerat sahaja dan kemudian diwar-warkan sebagai menyokong golongan seks sejenis. Indahnya fitnah bagi puak UMNO. Motif mereka hanya ingin memburukkan Anwar seburuk mungkin . Saya xingin mengulas tentang video tersebut tapi saya ingin saudara sendiri melihat video tersebut, versi penuh, bukan seperti yang dibuat oleh Berita Harian yang mengambil sekerat sahaja ulasan dan kemudian memfitnah sebegitu rupa. Klik link dibawah untuk pautan video tersebut:

BBC News - Anwar Ibrahim wants free elections

Thursday, January 12, 2012

Kalo berani, cuba jawab mana lagi best.:D

image

                                (Mcd)

 

                 vs.

 

DSC00585

                         (Biskut cicah milo)

Wednesday, December 21, 2011

Lai Lai Lai.. Ade barang free sini

burger king

 

print dan makan..eh bukan..maksud sy redeem n makan..Open-mouthed smile

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

http//hairishazwan.com©

Officially Designed by Hairi Shazwan
Launched on 14th May 2011

  © BLOG DESIGN Inspiration by YiE@Art Effects StuDiOs 2011

Back to TOP