Showing posts with label journey. Show all posts
Showing posts with label journey. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

Main dalam hujan

 

Dari kecik sampaila besar main jugak dalam hujan.. Kalau dulu, zaman kanak2, main bola tin, dalam hujan.. Duk pekong jugak bola tu xkira hujan lebat mana pun.. Bila kena sound ngan mummy(ewahhh..mummy tuh), baru nak naik rumah. Kena ‘piaq’ baru nak nangih guling2..ihik2..
    Masuk sekolah menengah pun main dalam hujan jugak.. Duk tendang jugak bola dekat padang sekolah tuh dalam hujan. Bila bola tak masuk gol sebab air bertakung depan pintu gol, baru la nak kuciwa. Bila warden datang halau, baru nak lari bertempiaran sampai langgar tiang.. dasar anak nakal..Open-mouthed smile
    Sekarang dah masuk universiti pun masih sama. Bak kata kanak2 sekolah rendah, universiti ni main pun xkena hujan. Semua mewah. 50 bintang katanya, hiperbola. Tapi macam tulah. Kata tak macam realiti. Masuk ‘u’ pn masih lagi duk berhujan. Cuma kali ni lagi ‘moden’ skit. Male sport complex namanya. Tiada lagi padang sekolah berlopak. Tiada lagi ‘belakang’ rumah mak cik bedah. Tapi apa-apa pun, ianya tetap ‘main dalam hujan’. Noktah.boy-playing-in-rain


(gambar ihsan dari google)

Sunday, April 15, 2012

Kaca dan Permata

Kalo hang rase hang hebat, cuba hang pegi dekat orang yang hebat2… konpem hang rase hang ni kecikkk jah.. Macam daun2 kering.. xdak orang nak ambik tahu.. Selagi hang duk stay dalam environment biasa ja, yang mana Allah bg hang kelebihan yang mana orang-orang sekitar hang x ada, mmg hang rasa hang ni macam permata.. yang lain suma kaca… Cuba try pi dekat longgokkan permata.. Haaaaa… sape lagi nak pandang hang!! Open-mouthed smile

 

 




nota jari extra comel: Berhijrah la kalau nak improve diri.. jangan berada di takuk lama dan jangan toleh blakang lagi..

Saturday, April 14, 2012

Foot@Food?

 

Foot itu kaki, food itu makanan, bunyi mmg sama, tapi maksud dan bentuknya berlainan.. Memang sewel la sape yang cakap makanan dan kaki mempunyai bentuk yg sama.. Namun foot dan food ini ada kaitan nya..  Sbg contoh:

 



Lokasi: KFC


“Pekerja: Ye Encik? Makan atau take away?


“Saya: Emm.. Saya datang sini nak makan ayam.. bukan nak MAKAN KAKI.. bukan nak cari gaduh la tu maknanya..hehehe(troll face)”


Hehehe..pandai dak? tu la kaitan nya.. Bercakap pasal makanan, untuk sape2 yang belum tahu, Burger King ade wat promotion skang ni.. RM10 untuk 2 set.. Satu set tu ade burger, fries dan ayaq yang boleh refill skali.. Murah tuh.. Jadi, melantaklah sebelum terlambat. Dan bagi peminat burger seantero dunia, boleh la ke KAW2 BURGER untuk makan burger diorg yang skang nih mmg glamer dsebbakan ke’besaran’ burger itu sampai kena cucuk lidi.. kalau tak nnti jatuh.. Nak tahu try sendiri.. Wangsa maju pn ade .. Tapi kena tnggu sejam la baru dapat.. Orang ramai sangat sampai beratur atas jalan..


    Hari tu sampai eksiden 3, 4 buah kreta sebab barisan menunggu dekat burger tersebut panjang sangat…………………………….(tipu je)

Thursday, April 12, 2012

JOM SAYANG ULAMA’

2012-04-13 14.35.17

Bangga melihat TGNA bersama2 ulama’ hebat yang lain. Tapi masih ada sesetengah pihak yang sanggup mencaci ulama’ sebegini.



Jom sayang ulama’..=)

Soal Jawab PTPTN: Kita Mampu Hapuskan PTPTN

Klik link ini untuk pautan: Link

 



P.S: MESTI BACA!!

Weekend

Weekend? Masa untuk berehat? mimpilah.. exam derrr… Banyak lagi mau setadi dalam badan yang masih xbape nak sihat.. Merajuk kot sebab sakit-sakit pun tetap melalak.. Nasib baik sore semalam xpecah.. Sore xbape elok lagi.. Aigoo..  Nasib baik gua xpegi johor a.k.a program GPMS tuh.. kalu tak naye jugak.. Dengan tak sihat nye, dengan nak stadi exam nye, n btw, sepatutnye hari ni aku tengah sibuk duk jual laptop dah..

 

 

 


“ Bang! Laptop bang.. Asus Laptop.. Murah bang!! Lai3…. “
Ahak3.. Kenangan PC Fair yang lepas memang mencuit hati… Sesekali ade jugak tersebut ‘Asos Laptup’.. Pastu gelak sengsorang.. Haha… Ade sekali tu waktu tengah keje, tengok la pakcik ni tengah berjalan punye la serius.. bawak kotak sebijik.. Aku pun mencelah la di tengah jalan beliau..
”Pakcik! Laptop pakcik.. pakcik nak cari laptop ape ye?”
”Pakcik: Hang jangan tak buat aku lagi panas!! Aku dah cukup panas dah ni!!!!”

Allah tempat mengadu

Kadangkala hati resah.. Beban masalah datang mmg tanpa amaran.. Bila hati resah seakan semangat hilang.. Senyuman sudah pasti dipaksa2.. Huh.. Persembahan sudah habis.. Walaupun secara generalnya tidak memuaskan, tapi yg penting sudah buat yg terbaik.. Walau abg ‘walid’ cakap mengecewakan coz his expectation tnggi, tapi apa kan daya.. Mic sy slow bang.. Dan hati kembali resah dibebani masalah yg kian menerjah.. Hari isnin depan dah exam.. Macam mana mau fokus dengan hati yg sebegini..=) ahh.. aku perlukan ketenangan.. Tiada lagi tempat mengadu selain Allah.. yg kekal abadi.. tidak akan pergi…

Monday, April 9, 2012

SALA SAMA2

Selesema sebenarnye.. Dugaan.. Biase nak sembuh selesema punye la sekejeap.. But now I dun know why its takes a long time to heal..(kecek org putes tuu..) tapi xpo, ni semua dugaan dari Allah.. Ya Allah, permudahkanlah.. Khamis ni hambamu ini kene menyanyi.. T_T..Amin…

Sunday, January 29, 2012

EIT: Kisah seribu satu malam

Capture
Amacam? Nampak best tak? PHOENIX FAR EAST SDB BHD, company untuk Engineering Industrial Training yang aku secara rasmi nya dah diterima dengan elaun 400 tak termasuk elaun makan dan minyak. Maknanya tambah tolak bahagi darab punca kuasa dua ade la dalam 600 lebih kot.
TAPI… nampak senang, tapi penuh dengan seribu satu cerita.. Tak tahu nak klafikasikan kategori ape.. Kalo nak rasa lawak, jadi lah cerita lawak.Open-mouthed smile

     Suatu pagi yang hening lagi aman damai(sebab semua da balik kampung), aku dengan bermalas-malasan bangunla dari tido, mandi untuk bersiap pergi interview syarikat phoenix ni di batu caves. Nak tahu kenapa nama dia batu caves dan bukan batu belah batu bertangkup, saya tak tahu. Boleh tanya warga emas di sana. Jadi, dipendekkan cerita lokasi phoenix punye company ni saya langsung tak tahu.
     Al-maklumlah kilang, xkan dalam kilang ada tempat karaoke.. Kalau ada tempat karaoke dalam kilang tu, konpem saya tahu lokasi dia kat mana.. hehe..pandai dak? Jadi pada malam before kejadian itu, saya telah check GOOGLE MAP dan kemudian dengan bangganya mengisytiharkan bahawa saya tahu tempat tersebut setelah merujuk GOOGLE MAP tadi.Rujuk dibawah.
Untitled

Friday, September 23, 2011

Permulaan yang baru?

Ku doakan permulaan yang baru akn mmberi husnul khatimah.. Amin..

Thursday, June 23, 2011

end of semester

Semalam yg bertarikh 23 jun, berakhirlah kelas terakhir untuk sem ni.. a'ah..sekejap je? dalam 7 hari lagi dah exam dah..=) smlm before habis kelas thermofluid iaitu antara subjek yg aku amek sem ni, lecturer aku ade jgk bg kata2 amanat.. Dr.Asif Hoda namanya.. lecturer yg aku paling respek..he's very good.. muslim sejati..
agak sedih jgk lah bile dengar apa yg die cakap.. walaupun dia lecturer, tapi dengan student dia selalu merendah diri. terbaekk.. by da way, may Allah bless him and his family.. Smlm jgk last quiz thermo dan Alhamdulillah aku dpt jwb dgn baik.. bile kuar tu, smpt jgk aku snap gambar dak2 kelas aku yg masih tgh wat quiz lg..

Sunday, June 5, 2011

Berakhirnye weekend yg..

a'ah..aku letih..ngee.. weekend yg agak 'best'..ditinggalkan seorang diri buat kali kedua, nasib baik kazen aku dtg bermlm di sini satu mlm.. terimakasih kpd rumate ku yg 'hensem2' daus yuhu dan xlupa abg pesa kerana pulang  ke rumah masing2.. dan terima kasih jugak kepada kazenku hadi purjadinowo(tambahan shj..nama sebenar:hadi) kerana menemanku disini.. dan terima kasih yg tak terhingga kpd yg trsyg(tqa) kerana sentiasa menemani ku dalam hati..haha(iklan)  buat hadi purjadino(eh dah tukar dah), terima kasih buat kenangan yg 'indah' itu..hehe..  keluar dgn moto ke tepi tol gombak, bajet2 nak jmpe maksu ku a.k.a mak dia untuk ambil duit untuk hadi.. smpai kat sana hujan terlampau2 lebatnye sehingga air melimpah ruah ke ladang gandum maka jadi lah coco crunch!! eh dah mengarut dah..sori2.. hujan lebat smpai dah basah kuyup sgt dah.. sampai sana tu, maksud aku tepi tol gombak lah xkan tol kat johor plak,:

"Aku : Hadi,tepon moksu(loghat ala2 teranung)
 Hadi : Jap..(satu perkataan sdh cukup untuk menunjukkn dia org kl)
..hujan masih lagi lebt teramat..

Wednesday, May 18, 2011

19 Mei 2011

Aku dah besar !!! =p

hehe

Monday, May 16, 2011

Guru Oh Guru

“it has always been dis profession dat brings out other professions”.. kata2 ni dipetik dari sorg sahabat..yup totally agree… Guru sangat2 memberi seribu pengertian..Guru bukan sahaja bermaksud cikgu yang mengajar di sekolah, bukan bermaksud cikgu yg mengajar tuisyen dan juga bukan bermaksud individu yang grad dari mane2 maktab perguruan untuk menjadi guru.. Tapi bermaksud :

Guru (dari bahasa Sanskrit गुरू) ataupun dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tiusyen (kelas bimbingan). Dalam zaman modern ini guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.(cilok dari wikipedia..haha)
Hehe..tu lah maksud guru.. Jadi logik tak kalo aku cakap semua manusia di dunia ni adalah cikgu..kecuali budak2 kecik,bayi2 serta mereka yang xpernah mengajar atau memberi ilmu kat org lain.. Kalo kita pernah stadi same2, mesti ade kawan2 kita yang tolong ajar.. tu pun kite panggil cikgu.. Kalo kite tersilap something,buat esemen math n bajet betul semua, tapi kwn kite pn ajar n tlg betulkan..itulah..inilah.. walaupun agak ‘annoying’, tapi tu pun kita panggil cikgu.. dan kalau kita nak pegi merempit, tiba2 xreti nak weely(betul x aku eja neh..weely itu bermaksud angkat tayar depan)… Then kita perlu seseorang untuk mengajar..kawan kita yang rambut pacak2 pun datng la mengajar..

Thursday, August 12, 2010

Finalist Mrhaban D Astro & Ramadhan Kareem

 (Tag: Vokalis Muslim Voice(5 dari kiri),Shahir AF8 sbg juri(6 dari kiri),Izwan kump.Firdaus(8 dari kiri),Azri Ex-Destinasi(9dari kiri),incik mc sempoi(10 dari kiri),pemilik blog ni(12 dari kiri),hujung skali juga vokalis Muslim Voice)

Alhamdulillah.. Berpuas hati dengan tempat kedua.. =) Saje je pun mencuba nasib..peluang untuk ke final agak tipis..hanya yg terbaik je akan ke final dan akan dicontact melalui phone..siap dapat pergi Turki lg tu..waaa..~

Apa2 pun tahniah kepada vokalis Muslim Voice a.k.a juara akademi nasyid sebab dpt jd juara prtandingan ni walaupn peserta2 lain agak bising sebab persembahan dan suara juara prtandingan ni agak biase je.. tapi sy kate,dah rezeki dier..=)

After event ni,jadual jd agak padat..

14ogos: lwtn ke indie nasyeed studio
next week: show kt sks   

22ogos:induction course kt lubuk manggis 

22ogos:show amal brsama muslim voice akdmi nasyid + kump.destinasi kt klang(Brtmbung ni)
24ogos: mass gathering pelapis komposer lagu kt hotel seri mesia ganu
convest n so on..

Recording untuk album raya pn bakal berjalan.. mula la memerah otak compose lirik n lagu.Tapi yg sy frustnye,studio da la jauh..negeri 9 nuhhh..xkan tiap2 minggu nak pnjam kete ayh su.. adeh.. sy duk kat gombak je abg2 astro weh.. 

Seronok sgt sepanjang program ni..bertemu rakan-rakan seperjuangan..shahir pn sporting.. tapi xsangka plak grup destinasi tu,sy pernah compose lagu untuk dyorg n last2 jmpe sorg vokalis dier kt prtandign nih..

Apa-apa pun, moga Allah permudahkan jalan yg bakal dilalui.. 

 

  n kat sini,saye nak ucap Salam Ramadhan Kareem buat semua umat Islam di seluruh dunia..bukan Mesia je tau.. Ambil 5 minit dari kesibukan harian kita untuk muhasabah diri adakah Ramadhan kali ni akan berlalu mcm Ramadhan yg lepas tanpa sebarng kemajuan.. Tunaikan ibadah di bulan Ramadahan ni seolah-olah seperti ini Ramadhan yang terakhir buat kita.. 

Salam Ramadhan Kareem..Allahu Akram..=)



Tuesday, August 3, 2010

wink!! =)



saje cuba nasib sambil-sambil meraikan kedatangan Ramadan Al-Mubarak..Mana tahu ada rezeki..kalau xde rezeki pun xpe..name pn cuba nasib..=) So,this weekend I will fly to kuantan..*naik bus je..haha*

Lagu dipilih: Muhasabah Cinta by Edcoustic

Saturday, July 31, 2010

weeeee~ =)

Aku keluar cari ketenangan.. tapi aku xjumpe.. aku keluar tp aku tak tau kemana arah tuju.. aku rasa jiwa aku kosong.. everything aku wat langsung xde semangat.. aku dapat offer kedua dari maktab yg aku nak sgt2,tapi aku tolak..kenapa? aku pun tak tau.. padan muka kena marah.. aku nak cipta lagu,tp langsung xde idea macam dulu.. semua benda yang org offer aku tolak..

knape jd gini aku pon xtau.. org kate aku hepi sokmo,tapi org xtau yg sebenar dalam ati aku.. but,dats better..
nk bukak buku pun malas.. =) huhhh..

 siyesly aku pon xpaham.. mnggu lepas balik kuantan.2hari duk sana.. main ngn ank2 sdare..mmg tenang... sronok.. tapi balik je uia,rase bnda sama balik..

aku penah dgr cite pasal manusia yang Allah tarik ketenangan dari hati dye..waaa..sgt takut..
aku xmo rasa bnda sama..


lebih kurg 10 hari lagi dah nak pose.. wah..seronok.. rindukan Ramadhan.. Alhamdulillah,still dipanjangkan nyawa untuk bertemu Ramadhan.. tapi mungkin juga x..belum masuk Ramadhan lagi.. dalam tempoh ni mcm2 bleh berlaku.. teringat peristiwa kat uia pj,pelajar pempuan jatuh dari tingkat 3 sehari sebelum Ramadhan.. Al-fatihah buat dye.. tp kalau aku xsempat jumpa Ramadhan kali ni,post ni sbg pesanan trakhir untuk sahabt2 dan keluarga.. bukan mntak,tapi selalu mengingati mati.. tp mintak2 jauh..dosa byk lg..

apa2 pun,doaku moga2 keluarga dan sahabat aku sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah.. jg ksihatan,mkn n jg solat..



hazeem n haiqal..*org len tolak troli bwk brg,aku tolak troli bwk budak..haishhh*


Arnab yang baik n sgt jinak..namanye putih sesuai ngan wrna kulit..kulit?? bulu lah..^^

seronok ye dik naik troli..letih pak cu tolak.. ngahaha..

Sunday, July 18, 2010

Redha

Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiriku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli

Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia. terima
Yang tertulis dalam kehendakNya

Sunday, June 13, 2010

Sekadar coretan..=)

Da lame xmenulis,maklumlah susah jugak nak handle banyak blog nih.. N tetibe dapat invitation jd admin ntuk satu website..adeh..blog sendiri pn da banyak..=) xpe2..

Anyway,post kali agak jiwang yer..bg mereka yang mengandung ataupun ada masalah jantung tidak digalakkan membaca.Juga bagi mereka yang sensitip dan terlebih perasaan a.k.a over reaction,dilarang sama sekali membaca post sy ini.. Kerana bimbang2 laptop anda akn rosak sebab dihujani air mata..ngeh3..(mengarut.)  Btw,jam menunjukkan pukul 2.56 a.m..hee..~ Siap ngn gamba lg tuh..maklumlah zaman dah maju..;D

Sebenarnye,sy dah mula landing kul 1stgh td lg.. Guling punyer guling,golek punyer golek,hantuk punyer hantuk,tak nak jugak tido.. kenape agak2nye ye?Sebenarnye saya terpikirkan satu benda atau lebih tepat terpikirkan seseorg..ha!! jeng3x.. sape3?? zassss..jom terjah!..haha(ingat rancangan melodi ke hah..??)

Hurmm.. kembali kepada tajuk,korg penah bercinta x? atau istilah lainnye berkapellah,bercengkerama or wat so ever lah.. sy yakin majoriti nye mmg penah kn? jarang yg xpernah.. n biasenye wanita yg bgus dari segi agamanye pun majoriti pernah melalui alam percintaan ni kan?(fulamak..ayat..)

bagi mereka2 yg dah penah lalui,mesti dah tahu cmne perasaannye n sume2 lah.. bg mereka yg xpernah lagi bermula,sy cdg n nasihatkan jgn libatkan diri anda dgn mi cintan nih.. eh bukan.. jgn libatkn diri anda dgn cinta la mksud sy,,kenape??=) haa..jawab3.. sebab setiap hbungn yg terjalin mesti ada yg pertama dan yg terakhir kn.. korg mesti pernah dgr kehebatan  cinta pertama nih.. sweet lah,apelah,itulah,ini lah..macam.. secara jujurnya,mmg cinta pertama tu sgt manis semanis lagu cinta pertama by kumpulan Far-East.. Tapi kalau cinta pertama tu putus ditengah jalan,korg akan rase lg 'manis'.. (perhatian,fokuskan pd bracket atas tu yer..)  kenape sy kate cmtu,sbb sy dah melaluinye..pengakuan jujur ni..haha silap2 masuk paper harakah esok..haha..(kenape harakah?? =p)  

dlu,sy xkenal pn cinta2 nih..mi cintan kenal la..feberet tuh.. tapi melalui seseorg,sy mula kenal ape sebenarnye cinta nih.. Tapi dinyatakan kat sini,cinta tu fitrah kejadian manusia.Jangan kita menolak cinta sebab tu menolak fitrah.Tapi diingtkn,cinta sesama manusia adalah peringkat cinta yg paling rendah..

Back to da story,melalui dier sy kenal erti cinta dan syg dan rindu dan jiwang2...(eh2)  =) dier mmg baik dan skrg dier tetap baik.. Bgianya waktu tu xleh nak bgtaw,sy cube jg dier sbaik mungkin wlaupun kdg2 sy rase sy bkn lah lelaki yg baik ntuk dier.. tp pd sy,sy letakkan sepenuh kepercayaan pd cinta pertama sy sehingga sy rasa mmg sy akn tetap dgn dier smpai bile2 means sy tak pnah terpk yg sy akan terpisah dgn dier suatu hari nanti.. normally,mmg ni lah yg dirasai oleh org yg baru 1st time bercinta..

Tp,takdir Allah mengatasi segala2nya.. bile Allah nak sesuatu tu terjd,maka jadilah ia dgn mudah.. Sy dah dier terpisah jugak. Bagaimane?? xperlu lah nak ceritakan kat sini..=) tp kesan yg sy rasa sgt kuat..skrg ni,dah stahun sy putus dan saya rasa baru smlm je bnda tu berlaku..

Kesan drpd cinta pertama sy sgt2 mndalam.. result sy down.. sy dah xleh fokus mcm dlu.. perangai pn jd giler2.. zahirnya sy tersenyum n nampak hepi,tp batin,hanya Allah yg tahu.. =) tapi Alhamdulillah,selepas setahun,sy rasa dah normal sikit.. walau x sepenuhnya..

Setahun yg lps,mmg sgt2 bg kesan.. semua bnda sy buat x jadi..smpai satu masa ptus asa nak blajar.. wah..teruk kan?mmg teruk.. sekarg ni sy rasa dah okay sikit,xmacam dlu dh.. dan sy nak mtk maaf kt kgkwn yg terlibat mase sy tgh giler sbb clash dlu yer..hehe.. maklumlah xwaras,nangis pun guling2..haha...

tp sy nak bgtau kat sini,bg mereka yg xpernah lg,baik jgn mulakan sbb sy xnak korg rasa ape yg saye rase..ianya sgt2 teruk..dan kdg2 sy doa supaya dihilangkan ingatan supaya sy xperlu pk pasal ni lg n dpt lupe dye.. Tp kalau anda betul2 yakin dengn seseorg tuh,teruskan lah..tp ingt,bile korg terima seseorg tuh bererti korg dah bersedia untuk rasa ape yg saye dah rase sbb wlau erat mcmmane pun hbungn kite,bile nak putus,ia tetap akan putus...=)

Sekarg ni,sy just cuba untk bina balik hidup sy,dan padamkan memori yg lepas.Redha ape yg dah berlaku akan buat kite tenang..Moga dye bgia keakhirnya,, Amin.. Tp dye tak kan sedar how much I love her..(wah jiwangnye..) 3tahun bersama amat bermakna,wlau ape pun,sy tak kan membenci dier.. semua yg saye buat ade sebabnye untuk kebaikan bersama.. and  i believe,ada pengganti untk saye.. tp sy xnak yg lebih baik,sy cuma nak yg lebih mghargai..sy bukanlah org baik or alim or wat so ever,sy just insan biasa mcm org lain..normal..n simple..tapi takdir Allah itu rahsia..kita xtahu apa yang dirancang olehNya dimasa hadapan nanti..

Tapi yg paling penting saye x nak kwn2 saye rase ape yg saye rase.. Jgn mulakan kalau anda xsanggup nak tanggung semua ni.Secara positivenye,insyaAllah sy akan jd lebih tabah untuk hadapi dugaan slps nih..insyaAllah..=)


 Jam dah menunjukkan pkul 4.05 a.m.. Apa2 pun,saya kena tidurr..esok bangun awal stadi dinamik.. Exam  kamis nih.. Mlm tuh balik ganu..Esok ah beli tiket.. Doakn sy yep untuk exam.. Moga2 dapt result yg comey lotey..heeee~ Selamat mlm semua!!! Oyasumi nasai!! =) jgn lupe bace doa tidur..


PS:Kenape sy xleh tidur? sebenarnye sbb sayer dah tido petang td..heee~ nite!! ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

http//hairishazwan.com©

Officially Designed by Hairi Shazwan
Launched on 14th May 2011

  © BLOG DESIGN Inspiration by YiE@Art Effects StuDiOs 2011

Back to TOP