Monday, October 3, 2011

Book: Najib Perdana Menteri Terakhir

 

Sebuah buku yang menarik karya SHAHBUDIN HUSIN.. Masih lagi dalam pembacaan, dah siap baca nanti aku buat review pasal buku ni ok..=)

Bagi mereka yang rasa berminat, boleh dapatkan buku ni di mana2 tmpat jual buku.. Kite tgk sama ada teori penulis ni akan berlaku atau tidak pada

pilihan raya ke13 nanti.. ( Aku kata akan berlaku..hehe) Buat makluman pembaca, buku ni jugak ditulis oleh ahli UMNO sendiri…

Sunday, September 25, 2011

Gitar

Bukan senang tapi bila dah handal, memang lazat.. walau hujung jari berkuping2, tapi tengok lah after satu tempoh nnti aku kan pandai buat lagu sendiri..hehe..

baru 2 bulan, da gheti streaming ngan plucking( eja ikut suke je..fail!) .. xpe2.. sabor2.. bukan senang nak senang.. bukan susah nak susah.. bagi yang baru nak belajar tu, sabar dan tabah.. kite boleh buat!! oyeahhh..

SERUMPUN 2011

Kenal  Habiburrahman El Shirazy? Penulis novel islamik yang cukup popular dengan karya yang hebat. Tak lame lagi, satu program melibat kan penulis hebat ini dan beberapa pelakon ketika cinta bertasbih

akan datang ke program tersebut. Jadi sape2 yang berminat nak pegi boleh rujuk poster kat bawah ni..(tenung bawah dalam2)

 

Sila bukak fb serumpun ni untuk info lebih lanjut..

( moga2 aku dapatt tiket free.hehe..)

Friday, September 23, 2011

Permulaan yang baru?

Ku doakan permulaan yang baru akn mmberi husnul khatimah.. Amin..

Thursday, August 18, 2011

Diari RAMADHAN

Diari Ramadhan (Bhgian 1)

Alhamdulillah, aku dipertemukan lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak Kareem pd tahun ni dan Alhamdulillah aku bakal menjalani ibadah puasa sebulan dirumah.. Kehadiran Ramadhan Al-Mubarak Sgt2 aku nantikan.. sejuk hati menerima kedatangan bulan mulia ini dengan seribu satu azam, untuk memperbaiki diri dan sebagainya.. Aku mulakan Ramadhan Al-mubarak dengan penuh bersemangat dengan laungan azan yg mendayu2 di surau.. Hati ibarat sangat bahagia di saat ramadhan hadir.. Walau waktu seharian langsung tiada tanggung jawab, memandangkan cuti, tapi aku tbhkn hati yang penuh kesunyian ini, meluangkan masa yg ada dengan membelek kitab suci Al-Quran, mahupun software uquran di hp aku.. Tapi itu bukan lah suatu yg boleh dibanggakan lg memandangkan ramai lg muslim menyambut Ramdhan dengan Qiamullail dan ibadah2 yg besar pahalanya.. Dan memang, aku perlu majukan lg diri untuk Ramadhan skrg dan yang akan datang.. Saat bilal melaungkan selawat, tarawikh didirikan seperti Ramadhan-Ramadhan sebelumnya dan saat imam membacakan doa antara tarawikh, aku menghayati segenap maksud doa.. menginsafi diri yg hina ini, hamba mu Ya Allah Taala.. dengan azam yg makin membara, ingin memperbaiki diri, menjadi individu yg berguna, anak yg soleh, suami yg taat pd Allah..
Detik waktu bulan Ramadhan sememangnya adalah rahmat untuk umat islam.. Dikala keseorangan, diri terbawa2 untuk bermuhasabah, betapa teruknya diri.. Hari demi hari dibulan Ramadhan dilalui penuh qanaah, bersajikan makanan yg kadang kala mewah, kadang kala bersedrhana yg di masak istimewa oleh ummi tersayang.. Hari2 kesunyian dilalui dgn tabah yg pada waktu itu masih bertemankan zaujah ku di masa hdpn.. Detik ramadhan membawa seribu keinsafan, tanpa gangguan syaitan2 yg telah dirantai kemas, pintu2 syurga terbuka luas..
Tanpa godaan syaitan yakni musuh seluruh manusia, tgn kembali ringan untuk membelek2 naskhah Al-Karim, dipagi hari stelah bersahur, mlm dsbgainya.. Insan-insan sibuk berlumba-lumba mengerjakan ibadah.. sejuk aku tgk.. dan begitulah hari-hari di bulan ramadhan kareem berlalu melepasi bulan purnama.. 14 ogos tarikh yg menggembirakan aku.. dan selang beberapa hari, Allah turunkan dugaan nya pada aku.. sgt perit.. dugaan yg aku xjangka, xpinta..dalam aku berazam untuk mendekatimu, dalam aku berazam untuk menjadi suami dan anak yg soleh..aku bagai hilang tumpuan, lupa sejenak yg aku berada di bulan Ramadhan.. Betul kata ahli agama, sekali Allah berfirman kun fayakun, maka ia pasti terjadi.. Betul kata sang pendita, sekali kesilapan dibuat, semua kebaikan pasti akan dilupakan.. Betul kata pemuisi islam, keihlasan ibarat semut hiitam diatas batu yg hitam, dalam bilik yg sgt gelap. Takkan ade yg mampu melihatnya kecuali Allah.. Aku ikhlas dan biarlah sekadar Allah yg tahu.. kerna aku sedar aku bukan insan baik, dan jauh sekali mulia.. Kuteruskan hidup yg berbaki, tanpa aku ketahui hala tuju masa depan aku selepas ini.. Moga Allah berikan aku peluang.. Dan kini masih lagi dibulan Ramadhan , menempuhi hari-hari keseorangan, seakan semangat ku sudah hilang..hati dan akal berperang.. hanya coretan mampu ku luah, berdakwatkan air yg jatuh dari pipi yg kasar..aku tidak putus asa. Cuma aku pasrah.. Andai aku layak, kupohon penuh ihsan dan ikhlas, datanglah kembali.. Moga aku beroleh kembali semangat untuk mengejar lailatul qadr yg kuazam2 sblm ini.. yg mana kini.. aku..tak�.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

http//hairishazwan.com©

Officially Designed by Hairi Shazwan
Launched on 14th May 2011

  © BLOG DESIGN Inspiration by YiE@Art Effects StuDiOs 2011

Back to TOP