Sebenarnya hudud ini bukanlah satu isu, tetapi satu cabang islam yang telah disyariatkan Allah untuk dilaksanakan, dibincang,dihayati dan sebagainya. Tetapi apabila ada pihak yang cuba menegakkan hukum Allah Taala ini, meraka dianggap umpama menegakkan benang yang basah, dan dilayan seperti seorang musuh politik yang sedang membentangkan manifesto pilihanraya. Sedangkan apa yang dibentangkan selari dengan apa yang difirmankan Allah Taala dalam Al-Quran Al-Karim. Dan lebih buruk lagi ada sesetengah manusia yang sanggup memperlekehkan hukum Allah yang mulia ini.
Sunday, December 18, 2011
Apabila 'spiritual' dan 'material' tidak lagi seimbang.
Sebenarnya hudud ini bukanlah satu isu, tetapi satu cabang islam yang telah disyariatkan Allah untuk dilaksanakan, dibincang,dihayati dan sebagainya. Tetapi apabila ada pihak yang cuba menegakkan hukum Allah Taala ini, meraka dianggap umpama menegakkan benang yang basah, dan dilayan seperti seorang musuh politik yang sedang membentangkan manifesto pilihanraya. Sedangkan apa yang dibentangkan selari dengan apa yang difirmankan Allah Taala dalam Al-Quran Al-Karim. Dan lebih buruk lagi ada sesetengah manusia yang sanggup memperlekehkan hukum Allah yang mulia ini.
Hah??
Ade sape2 nak tolong update blog ni x? Sebab saya malas! =p sekian untuk post kali ini..
(update? better than never)
Friday, October 7, 2011
DADIH OHSEM? Cubaan yang bagus!

OK.. nak aku nak promote? memang pun..hehe.. ni iklan dadih yang dinamakan dadih ohsem yang akan dijual di salah satu gerai starbaz(gerai ana muslim)… Di buat secara professional yang terlatih oleh rumate aku..hehe.. Jadi nak tau best atau tak, jom try.. jgn lupe singgah gerai ana muslim dan menjerit..”mai dadih ohsem satu!!” sambil buat gaya ohsem… haha..aku nak beli DUA.. bukannye satu.. tapi DUA..banyak tu..haha..
*pasni aku nak mintak komisen dari sipembuat..
blog sipembuat: KasutKungfu Blog
Kekeliruan antara bangsa dan agama?
Ramai yang sama sekali tidak bersetuju jika ade yang berkata:
" Aku ingin jadi bangsa melayu yang hebat..." ayat kontroversi ni.. setiap orang ade pendapat masing2.. Semalam aku ade jugak berdiskusi dengan sorg rakan..bertanyakan pendapat dier tentang tajuk di ats ni.. dan aku setuju dengan ape yang dikatakan..
Kita jangan sesekali mengagungkan bangsa melebihi segala-galanya sehingga melebihi agama Islam sendiri.. Islam samakali tidak pernah menyuruh kita mengagungkan bangsa sehingga timbulnya semangat assobiah..
Tetapi jadikan bangsa itu sebagai medium.. Aku sebagai salah seorang ahli mjlis tertinggi gpms uia mmg terfikir tentang perkara ini memandangkan gpms uiam merupakan nation-base society iaitu bangsa melayu..
Wednesday, October 5, 2011
Sleepy or Slurrpii?
Abaikan tajuk sebab xde kaitan.. OK.. Sejak akhir2 ni aku terlalu mudah mengantuk.. I mean bile waktu mlm la.. baru aje nak start stadi, udah berzikir2 mengantuknye.. Malam xdak plak aih.. Memang aku belum sihat sepenuhnye lagi. Hidung pun duk sok-sek sehingga mengganggu ketenteraman orang lain. Bersin pun sampai buat orang melompat terperanjat, tapi xkan sebab ni aku mengantuk.. Ubat pun xmakan.. Jadi ape yang patut dibuat ialah amek nescafe..bernas x? atau kome ade cadangan lain? Sile2 lah kongsi dengan ate(ate=saye) kat sini ni.. Baru semalam tertido kat katil waktu buat report lab.. Nasib baik bangun subuh terus sambung koje.. Kalo x kosong la report aku.. Mengantuk oh mengantuk.. tolong la bg cadangan supaya xmengantuk lg.. =)
