Labelling? Apa itu labeling? Dari segi maksud dan definisi boleh rujuk kamus dewan atau sheikh Wikipedia. Sy xnak copy dan paste shj disini. Namun, apa yg ingin sy fokuskan pd post kali ini adalah bukan hanya tentang definisi, tapi tentang dimana berlakunya labeling ini. Ia satu perkara yg pada kita mungkin amat biasa dan boleh berlaku pada semua peringkat masyarakat, namun adakah sesiapa menyedari bahawa kesannya boleh menjadi nanah yg akan merebak, parah. Lihat contoh perbualan hamba Allah di bwh ini:
Dialog 1:
“ Apsal aku tgk mamat tu macam pelik je. Muka ganas.. konpem kaki pukul!”
Dialog 2:
“Aku geram betul dengan minah sorg ni.ade ke patut die report kat makwe aku pasal aku.. memang pengkhianat..”
Melalui dialog diatas, secara jelas kita boleh Nampak bahawa dialog 1 dan 2 melabelkan individu tersebut sbg kaki pukul dan pengkhianat, dan perbezaan antara dua dialog tersebut adalah dialog A, mamat itu dilabel sbg kaki kaki pukul melalui penampilan dan minah B tu pula melalui tingkah laku, tapi kedua-duanya membawa kpd labeling.
