Sunday, January 22, 2012
Misi menyelamat
Bngun pagi tengok kolam ikan depan teratak aku da kering airnye. Tak tahu mamat mana pegi minum.Tapi dalam keadaan yang cukup gentar, melihat ikan2 yang sudah dihujung tanduk, hanya menunggu lafaz kalimah syahadah, aku dengan pantas, melompat dan berjoget kegembiraan.. eh bukan.. melompat dan mencari paip air, dan kemudian mentopup air ke kolam tersebut. Alhamdulillah, nasib ikan yang malang itu dapat diselamatkan. Kalo ikan itu mati salah siapa? Bukan salah ibu ikan itu yang mengandung kerana ibunya xpandai pasang paip. So, salah tuannye yang memelihara sampai ayaq kering pun xtopup.. Panass sekarang ni woo.Kadar sejatan ayaw meningkat.. Janganla kita meyiksa binatang.. Nanti diorg akan seksa kita balik di akhirat kelak..^^
Gambar: Kolam
R.U.M.A.H
Thursday, January 19, 2012
Ni ada cite hot! :D
Hari ni baca paper tup2 ade pemfitnah ni da mintak rupenye dekat wardina.. Bagus dik, mengaku salah kena mintak maaf..eh..sejak bile aku ade adik..hik3.. tgk kat bawah..bukan bawah kerusi..gambar bawah line ni..:D
kilik gambar untuk tumbesaran.
Credit : Sinar Harian
Wednesday, January 18, 2012
Kisah Fitnah dan UMNO
Post kali ni, sy ingin mengulas dengan lebih panjang sedikit berbanding sebelum ini. Apa yang akan sy luahkan bukan lah berpaksikan pegangan atau ikutan saya, tapi hanyalah pendapat peribadi dari sekeping otak yang dianugerahkan Allah. Terpulang kepada mana-mana individu ingin menyokong atau membantah secara total.
Apa yang dapat sy lihat, permainan sesetengah pihak, yang mana sy tidak menolak bahawa puak ini adalah puak UMNO, dilihat semakin menjadi2 sejak kekalahan Saifuk Bukhari dalam kes perbicaraan liwat Anwar Ibrahim. Meskipun Anwar Ibrahim sudah dibebaskan dari tuduhan ada sahaja fitnah2 lain yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim.
Sy pernah terbaca satu statement daripada ulama terkenal dunia, Yusuf Al-Qaradawi, tentang pandangan beliau berkaitan kes Anwar. Beliau berpendapat menurut undang-undang Islam, Anwar sebenarnye tidak bersalah kerana kes beliau tidak mempunyai saksi dan bukti yang cukup, dan yang paling penting kes Anwar ini berlanjutan buat satu tempoh yang lama sehingga mengaibkan Anwar itu sendiri. Islam sama sekali tidak akan mengaibkan umatnya. Namun tanggal 901(9 Jan) menyaksikan kes liwat tersebut telah berakhir dimana Anwar dibebaskan dengan keputusan tidak bersalah. Keputusan tersebut seharusnya diterima oleh semua rakyat, namun masih ada yang membantah keputusan itu. Sebenarnya, majority bukan mahukan pihak-pihak mane yang menang, tapi mereka sudah jelak dengan kes anwar ini yang sudah lama berlanjutan tanpa arah tuju, dan kini, setelah keputusan diumumkan, kes ini sepatutnya mula dilupakan, bukannya kembali dibantah dan dipanjangkan lagi.
Namun apa yang mengejutkan, 2 hari selepas keputusan liwat itu diumumkan, akhbar Berita Harian sekali mempamerkan berita hangat bahawa Anwar menyokong golongan gay. Berita tersebut ditulis hanya kerana satu video anwar yang ditemuramah oleh BBC dan yang paling menyedihkan, quote atau ulasan dari anwar dalam temuramah berikut hanya diambil sekerat sahaja dan kemudian diwar-warkan sebagai menyokong golongan seks sejenis. Indahnya fitnah bagi puak UMNO. Motif mereka hanya ingin memburukkan Anwar seburuk mungkin . Saya xingin mengulas tentang video tersebut tapi saya ingin saudara sendiri melihat video tersebut, versi penuh, bukan seperti yang dibuat oleh Berita Harian yang mengambil sekerat sahaja ulasan dan kemudian memfitnah sebegitu rupa. Klik link dibawah untuk pautan video tersebut:
