Thursday, June 14, 2012

Pok Ji main gitar

Sekarang ni ade sorg mamat main gitar kat compartment aku.. hihi.. hebat… chord sama boleh guna untuk semua lagu..daebak!!! haha

Friday, May 18, 2012

19 Mei..=)

Terima kasih semua….

Tuesday, April 24, 2012

Main dalam hujan

 

Dari kecik sampaila besar main jugak dalam hujan.. Kalau dulu, zaman kanak2, main bola tin, dalam hujan.. Duk pekong jugak bola tu xkira hujan lebat mana pun.. Bila kena sound ngan mummy(ewahhh..mummy tuh), baru nak naik rumah. Kena ‘piaq’ baru nak nangih guling2..ihik2..
    Masuk sekolah menengah pun main dalam hujan jugak.. Duk tendang jugak bola dekat padang sekolah tuh dalam hujan. Bila bola tak masuk gol sebab air bertakung depan pintu gol, baru la nak kuciwa. Bila warden datang halau, baru nak lari bertempiaran sampai langgar tiang.. dasar anak nakal..Open-mouthed smile
    Sekarang dah masuk universiti pun masih sama. Bak kata kanak2 sekolah rendah, universiti ni main pun xkena hujan. Semua mewah. 50 bintang katanya, hiperbola. Tapi macam tulah. Kata tak macam realiti. Masuk ‘u’ pn masih lagi duk berhujan. Cuma kali ni lagi ‘moden’ skit. Male sport complex namanya. Tiada lagi padang sekolah berlopak. Tiada lagi ‘belakang’ rumah mak cik bedah. Tapi apa-apa pun, ianya tetap ‘main dalam hujan’. Noktah.boy-playing-in-rain


(gambar ihsan dari google)

Sunday, April 22, 2012

Orang Melayu Kita

     Orang melayu kita, pntang tgk ada yang berjaya skit mesti mula la nak rasa dengki. Pastu mula la timbul idea2 kreatif yang membawa kepada kemungkaran.  Kalau dulu mungkin orang melayu yang jadi tauke gula, tapi sekarang ni cina jugak yang memegang.. Tapi macam tu lah, xperlu ambil contoh jauh. Tgk saja sekeliling anda, pasti anda benda2 camni. Pantang tgk sahabat lebih skit, mula kluar idea2 bernas. Agak2nya waktu tu je otak dia berfungsi betul2.. Waktu belajar xde plak kluar idea bernas semacam ni. Hebat kan? Fenomena memboikot atau sabotaj dikalangan orang kita memang berlaku sejak dlu sampai sekarang disemua peringkat masyarakat. Dan akhirnya membawa kepada putusnya sillaturrahim..
     Macam-macam kan? Haihhh… Kembalilah kepada Islam.. Melayu x kan menang dengan kekayaan mahupun harta benda, tapi melayu kan menang dengan Islam.

Monday, April 16, 2012

Review Rancangan Bicara Rakyat di TV1(Tajuk: Pengurusan Perspeksi)

       Dalam 2,3 tahun yang lepas, eh bukan, maksud aku 2,3 hari yang lepas, aku ade streaming video ulangan bicara rakyat dekat TV1.. Maklumlah waktu tu broadband SKMM ni laju lagi.. Tapi sekarang lambat macam kure2 patah kaki.. da la kure2, pahtu patah kaki plak!!! grrrr..T_T..  Berbalik kepada isu, tajuk bicara rakyat kat TV1 tu ialah pengurusan perspepsi. Menarik, sebab tu aku tengok selama sejam sampai habis.. Dengan harapan nak tau kesimpulan daripada topik tersebut..
     Panelis2 bicara rakyat itu ialah Shamsul Iskandar( Ketua AMK), Zaid Mat Arep(AMT Perkasa) dan juga Dr. Ridhuan Tee Abdullah. Mereka2 ni membingcangkan topik tentang pengurusan perspepsi dalam politik. Pada mulanya aku xde la nak menyokong mana2 pihak memandangkan ianya bukanlah debat berkaitan harijadi najib mahupun liwat anwar tapi hanyalah tentang bagaimana untuk menguruskan perspepsi. Tapi forum ni jadi makin panas, apabila ianya menimbulkan isu2 yang lebih ‘hot’
   Tapi yang aku dapat simpulkan berdasarkan pemerhatian aku terhadap video ini ialah: 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

http//hairishazwan.com©

Officially Designed by Hairi Shazwan
Launched on 14th May 2011

  © BLOG DESIGN Inspiration by YiE@Art Effects StuDiOs 2011

Back to TOP