Sunday, July 22, 2012

Ramadhan 1433H/2012

Ramadhan 1433h..  Assalam.. Ramadhan datang lagi!! Gua da lama tak update belog ini. Bukannye ape. Malas bebenor.. Bila nak mengupdate, mula setan duk mai menghasut.

"Drpd ko update blog, baik ko buat bende lain."

Akhirnye xjadi la mengupdate. Tapi alhamdulillah sempena 3 Ramdhan ini akhirnya terupdate la jugak belog sehijau hari ini ni.. Eh tengok..nama blog pn dah tertukar disebabkan lama sangat tak update.. Haha.. Btw, Selamat Berpuasa buat semua umat Islam di seluruh dunia. Tengah2 iftar tu, ingt jgk dekat saudara kita di somalia, syria dll yg kelaparan. Teringat satu kisah drpd seorang ustaz.

Dalam satu forum atau ceramah di Saudi Arabia berkaitan Ramadhan, ketika sesi menjawab soalan drpd pemanggil2 telefon, ade la sorg ni warga somalia ni membuat panggilan.

"Assalam Ustaz.. Apa hukumnya kalau kita berpuasa tanpa berbuka?"
"Ustaz: Tak boleh macam tu. Nabi melarang kita berpuasa berpanjangan tanpa iftar.."
"Tapi ustaz, kami bukan tak nak berbuka, tapi kami tiada makanan."
"Ustaz: Terus mengalirkan air mata."

Buat pengetahuan akhi/ukhti sekalian, Saudi ni negara yg mewah dengna makanan.


Thursday, June 14, 2012

Pok Ji main gitar

Sekarang ni ade sorg mamat main gitar kat compartment aku.. hihi.. hebat… chord sama boleh guna untuk semua lagu..daebak!!! haha

Friday, May 18, 2012

19 Mei..=)

Terima kasih semua….

Tuesday, April 24, 2012

Main dalam hujan

 

Dari kecik sampaila besar main jugak dalam hujan.. Kalau dulu, zaman kanak2, main bola tin, dalam hujan.. Duk pekong jugak bola tu xkira hujan lebat mana pun.. Bila kena sound ngan mummy(ewahhh..mummy tuh), baru nak naik rumah. Kena ‘piaq’ baru nak nangih guling2..ihik2..
    Masuk sekolah menengah pun main dalam hujan jugak.. Duk tendang jugak bola dekat padang sekolah tuh dalam hujan. Bila bola tak masuk gol sebab air bertakung depan pintu gol, baru la nak kuciwa. Bila warden datang halau, baru nak lari bertempiaran sampai langgar tiang.. dasar anak nakal..Open-mouthed smile
    Sekarang dah masuk universiti pun masih sama. Bak kata kanak2 sekolah rendah, universiti ni main pun xkena hujan. Semua mewah. 50 bintang katanya, hiperbola. Tapi macam tulah. Kata tak macam realiti. Masuk ‘u’ pn masih lagi duk berhujan. Cuma kali ni lagi ‘moden’ skit. Male sport complex namanya. Tiada lagi padang sekolah berlopak. Tiada lagi ‘belakang’ rumah mak cik bedah. Tapi apa-apa pun, ianya tetap ‘main dalam hujan’. Noktah.boy-playing-in-rain


(gambar ihsan dari google)

Sunday, April 22, 2012

Orang Melayu Kita

     Orang melayu kita, pntang tgk ada yang berjaya skit mesti mula la nak rasa dengki. Pastu mula la timbul idea2 kreatif yang membawa kepada kemungkaran.  Kalau dulu mungkin orang melayu yang jadi tauke gula, tapi sekarang ni cina jugak yang memegang.. Tapi macam tu lah, xperlu ambil contoh jauh. Tgk saja sekeliling anda, pasti anda benda2 camni. Pantang tgk sahabat lebih skit, mula kluar idea2 bernas. Agak2nya waktu tu je otak dia berfungsi betul2.. Waktu belajar xde plak kluar idea bernas semacam ni. Hebat kan? Fenomena memboikot atau sabotaj dikalangan orang kita memang berlaku sejak dlu sampai sekarang disemua peringkat masyarakat. Dan akhirnya membawa kepada putusnya sillaturrahim..
     Macam-macam kan? Haihhh… Kembalilah kepada Islam.. Melayu x kan menang dengan kekayaan mahupun harta benda, tapi melayu kan menang dengan Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

http//hairishazwan.com©

Officially Designed by Hairi Shazwan
Launched on 14th May 2011

  © BLOG DESIGN Inspiration by YiE@Art Effects StuDiOs 2011

Back to TOP