Thursday, May 19, 2011

Nasyid kolot and low klasss??

“A:   Eh..ko dengar nasyid ke?
B:    Dengar lah..best woo..macam chicken chop
A:    Giler kolot.. ape yg bestnye nasyid? Jiwang je banyak
B:    Wei..kopehal!!
(mereka pun terus bertumbuk2)

Hehe..abaikan part bertumbuk kat atas ye.Saje je nak menarikkan lagi cerita..haha.. Dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yg telah ke rahmatullah.. Rase2nye dialog kat atas pernah berlaku x? Kalo campur dengan pasrt bertumbuk tuh mestilah tak pernah..Sapelah nak bertumbuk sebab nasyid.. Aku yg minat nasyid sejak dari kecik ni pun xpenah tumbuk orang sebab nasyid.. Tumbuk bantal ade la..
                Persoalannya kat sini, kenapa mesti ada pendapat sedemikian terhadap irama nasyid? Dan dengan tegasnya aku nyatakan disini aku sgt tak setuju dengan pendapat si A tu.Rasenye nak tumbuk je die tu..eh tumbuk lg..pecah rahsia.. hehe.. Ye,sesetengah manusia mengatakan irama nasyid ni ntah ape2 ntah,jiwang,berkarat dan jiwang karat. Dan aku sangat tak setuju. 3 fakta yang aku boleh bagi kat sini;

Vokal penasyid2 jauh lagi mantap dari penyanyi lain
Lagu2 yang mereka cipta jauh lagi berkualiti
Lagu mereka kadang2 boleh sampai sangat2 tinggi yang penyanyi lain xboleh sampai.
Sebagai contoh, kenal Fitri Haris ex-UNIC. Dia dah keluar UNIC dan sekarang bergerak solo. Tapi apa yang aku nak story mory kat sini, vocal bro. fitri ni awesome!! Boleh tinggi sangat.Begitu jugak dengan Syah inteam dan hampir semua abg2 mirwana dan banyak lagi lah. Lagu2 mereka jugak berkualiti. Dan sekarang ni banyak sangat album baru yang mantap2 baru je dikeluarkan seperti album Berjalan Tanpa Henti by Devotees dan Hijrah by Unic.


Album Berjalan Tanpa Henti memuatkan 9 buah lagu:

01 Berjalan Tanpa Henti
02 Bersama
03 Hadirnya Cahaya S.A.W
04 Selagi Hayatmu Di Sini
05 Don't Walk Away
06 Harapan feat. Salleh Brotherz
07 Rindu Kedamaian
08 Bersama (Akustik)
09 Minus One Bersama (Akustik)

Aku syorkan dengar lagu Selagi hayatmu disini.. Korg semua boleh tgk macam mana mantapnye vocal mereka.
Selain tu jgk, ade org berpandangan nasyid itu jiwang, cinta sokmo(bahasa ganu). Kalimah cinta lah, Sutera kasih lah dll.. Aku pernah test kwn aku yg jenis xsuka nasyid, sbb katanya jiwang.. Aku test camni;
“A:    Wei..mung penoh dengo dok lagu kalimah cinte, ho iting(inteam) nyanying tu.
B:    Dok penoh starang.dok minak aku.jiwang molek..eii
A:    oh..gitu pulok..doh dakpola.. mung hari2 dengor lagu westlife dok jiwang pulok?
B:   Tu lain..hehe
A:    Wei..mung bakpo hah!!
(mereka pun terus bertumbuk)
"
Haha..skali lagi lupekan part bertumbuk tuh..hehe..Maaf la bg yg xpaham. Dialog diatas dalam bahasa Terengganu, tanah tempat tumpah darahku, bile jatuh beskal dulu.. So, dapat tak? Bagi mereka yang pernah dengar lagu kalimah cinta, mesti korg dah tahu ape maksud lagu tu kan? Kepada siapa perkataan cinta itu.. Bukan kpd manusia, tapi kepada Allah S.W.T.. So, adil ke kalo kita labelkan sbg jiwang? Padahal lagu bukan main bagus. 
***
                Disebabkan fikiran short-minded B ni, dia teruskan labelkan camtu.. Ye. Aku akui ada sesetengah lagu yg jiwang, tapi apa2 pun tetap membawa kpd makna yg baik.. mendidik kepada cinta manusia yg diredhai Allah.. Dan mostly lagu nasyid berentak sentimental, dan adakah sentimental itu bermaksud jiwang? Tak..mereka yang berkata ya itu adalah salah.. Walaupun nasyid itu jauh lagi baik dari irama lain, dari segi lagu, vocal dll, tapi disebabkan konsep ketuhanan yang dibawa, masih ada sesetengah yang menolak irama ni sehingga ada ura-ura untuk buang kategori nasyid dalam ABPBH..ish3.. Apa-apa pun, tahniah dan teruskan kepada mereka yang sentiasa menyokong irama ini.. 
dan ni satu video yang korg mesti tgk.. hadiah untuk korg, dan bukti nasyid itu mantap..hayati elok2..

Tepuk dada Tanya iman.. Adios Amigos!!! =)

9 comments:

Anonymous said...

haha..lucu dan bermaklumat.sokong sangat2.

Nur Ilyani Abd Munir said...
This comment has been removed by the author.
Nur Ilyani Abd Munir said...

Alhamdulillah..mmg sy stuju pndpat saudara..klu x knal mka x cinta..mcm 2 la sy dgn nasyid ni..since dr kcil minat nasyid and btw, lgu bru devotees mmg mantap..!thumbs up..

Amoi MiyaSya said...

nasyid jiwang ? hahha . nonsense !
narrow-minded !

Sebiru Hari Ini© said...

haha. majoriti berpendapat cmtu lah kan.. so narrow minded..=) padahal lagu len bnyk lg jiwang..

Nur Ilyani Abd Munir said...

Alhamdulillah..sy da bli Album Berjalan Tanpa Henti..Sangat best!

Nur Ilyani Abd Munir said...

Alhamdulillah..bgus2!

MAZA AMFOTERIK said...

sbnrnya lagu nsyid tu da certain lagu yg x sesuai utk semua umur...da yg dtuju utk psngan suami isteri..

tp,kdng2 da yg penulis lirik yg trlalu mengagungkan cinta makhluk..biasa la tu,manusia kadang2 terbabas..apa pun nasyid tetap alternatif buat muslim..

Sebiru Hari Ini© said...

betul tu acap..=) acap cakap semua betul..hehe..sokong sgt..ape2 pun hidup one dest!! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

http//hairishazwan.com©

Officially Designed by Hairi Shazwan
Launched on 14th May 2011

  © BLOG DESIGN Inspiration by YiE@Art Effects StuDiOs 2011

Back to TOP