Sunday, July 22, 2012

Ramadhan 1433H/2012

Ramadhan 1433h..  Assalam.. Ramadhan datang lagi!! Gua da lama tak update belog ini. Bukannye ape. Malas bebenor.. Bila nak mengupdate, mula setan duk mai menghasut.

"Drpd ko update blog, baik ko buat bende lain."

Akhirnye xjadi la mengupdate. Tapi alhamdulillah sempena 3 Ramdhan ini akhirnya terupdate la jugak belog sehijau hari ini ni.. Eh tengok..nama blog pn dah tertukar disebabkan lama sangat tak update.. Haha.. Btw, Selamat Berpuasa buat semua umat Islam di seluruh dunia. Tengah2 iftar tu, ingt jgk dekat saudara kita di somalia, syria dll yg kelaparan. Teringat satu kisah drpd seorang ustaz.

Dalam satu forum atau ceramah di Saudi Arabia berkaitan Ramadhan, ketika sesi menjawab soalan drpd pemanggil2 telefon, ade la sorg ni warga somalia ni membuat panggilan.

"Assalam Ustaz.. Apa hukumnya kalau kita berpuasa tanpa berbuka?"
"Ustaz: Tak boleh macam tu. Nabi melarang kita berpuasa berpanjangan tanpa iftar.."
"Tapi ustaz, kami bukan tak nak berbuka, tapi kami tiada makanan."
"Ustaz: Terus mengalirkan air mata."

Buat pengetahuan akhi/ukhti sekalian, Saudi ni negara yg mewah dengna makanan.


Thursday, June 14, 2012

Pok Ji main gitar

Sekarang ni ade sorg mamat main gitar kat compartment aku.. hihi.. hebat… chord sama boleh guna untuk semua lagu..daebak!!! haha

Friday, May 18, 2012

19 Mei..=)

Terima kasih semua….

Tuesday, April 24, 2012

Main dalam hujan

 

Dari kecik sampaila besar main jugak dalam hujan.. Kalau dulu, zaman kanak2, main bola tin, dalam hujan.. Duk pekong jugak bola tu xkira hujan lebat mana pun.. Bila kena sound ngan mummy(ewahhh..mummy tuh), baru nak naik rumah. Kena ‘piaq’ baru nak nangih guling2..ihik2..
    Masuk sekolah menengah pun main dalam hujan jugak.. Duk tendang jugak bola dekat padang sekolah tuh dalam hujan. Bila bola tak masuk gol sebab air bertakung depan pintu gol, baru la nak kuciwa. Bila warden datang halau, baru nak lari bertempiaran sampai langgar tiang.. dasar anak nakal..Open-mouthed smile
    Sekarang dah masuk universiti pun masih sama. Bak kata kanak2 sekolah rendah, universiti ni main pun xkena hujan. Semua mewah. 50 bintang katanya, hiperbola. Tapi macam tulah. Kata tak macam realiti. Masuk ‘u’ pn masih lagi duk berhujan. Cuma kali ni lagi ‘moden’ skit. Male sport complex namanya. Tiada lagi padang sekolah berlopak. Tiada lagi ‘belakang’ rumah mak cik bedah. Tapi apa-apa pun, ianya tetap ‘main dalam hujan’. Noktah.boy-playing-in-rain


(gambar ihsan dari google)

Sunday, April 22, 2012

Orang Melayu Kita

     Orang melayu kita, pntang tgk ada yang berjaya skit mesti mula la nak rasa dengki. Pastu mula la timbul idea2 kreatif yang membawa kepada kemungkaran.  Kalau dulu mungkin orang melayu yang jadi tauke gula, tapi sekarang ni cina jugak yang memegang.. Tapi macam tu lah, xperlu ambil contoh jauh. Tgk saja sekeliling anda, pasti anda benda2 camni. Pantang tgk sahabat lebih skit, mula kluar idea2 bernas. Agak2nya waktu tu je otak dia berfungsi betul2.. Waktu belajar xde plak kluar idea bernas semacam ni. Hebat kan? Fenomena memboikot atau sabotaj dikalangan orang kita memang berlaku sejak dlu sampai sekarang disemua peringkat masyarakat. Dan akhirnya membawa kepada putusnya sillaturrahim..
     Macam-macam kan? Haihhh… Kembalilah kepada Islam.. Melayu x kan menang dengan kekayaan mahupun harta benda, tapi melayu kan menang dengan Islam.

Monday, April 16, 2012

Review Rancangan Bicara Rakyat di TV1(Tajuk: Pengurusan Perspeksi)

       Dalam 2,3 tahun yang lepas, eh bukan, maksud aku 2,3 hari yang lepas, aku ade streaming video ulangan bicara rakyat dekat TV1.. Maklumlah waktu tu broadband SKMM ni laju lagi.. Tapi sekarang lambat macam kure2 patah kaki.. da la kure2, pahtu patah kaki plak!!! grrrr..T_T..  Berbalik kepada isu, tajuk bicara rakyat kat TV1 tu ialah pengurusan perspepsi. Menarik, sebab tu aku tengok selama sejam sampai habis.. Dengan harapan nak tau kesimpulan daripada topik tersebut..
     Panelis2 bicara rakyat itu ialah Shamsul Iskandar( Ketua AMK), Zaid Mat Arep(AMT Perkasa) dan juga Dr. Ridhuan Tee Abdullah. Mereka2 ni membingcangkan topik tentang pengurusan perspepsi dalam politik. Pada mulanya aku xde la nak menyokong mana2 pihak memandangkan ianya bukanlah debat berkaitan harijadi najib mahupun liwat anwar tapi hanyalah tentang bagaimana untuk menguruskan perspepsi. Tapi forum ni jadi makin panas, apabila ianya menimbulkan isu2 yang lebih ‘hot’
   Tapi yang aku dapat simpulkan berdasarkan pemerhatian aku terhadap video ini ialah: 

Aretis! haha

305579_357205700992382_324832284229724_1008535_1919861233_n


P.s: Mic aku rosak.Stress gilor.. aku sendiri tak dengar apa la aku duk melalak atas pentas tuh.

Sem ni mencaborr derr

Salam…

 



Tiada kata ingin kuucap pabila melihat markah manu auto dan cadcam yang sangat lah ‘hebat’..  Perghhh.. macam mana gua mau survive.. Nak drop mana mau cari RM500(bling! bling! bling!)

 



inilah sistem uia, anda mau drop dalm tempoh belajar, anda kena bayar RM500.. perghhh.. Xkan la gua nak pegi ofis n buat camni:



“kak, saya nak drop!”
”drop ape?”
”drop subjek kak.. xkan one drop perfume plak..”


“oraittt.. duit RM500 bawak tak?”


“Bayar pakai ni boleh kak?(Sambil mengangkat hp samsung galaxy y aku..hehe)”


Tak sanggup den nak bayar RM500..
Setengah ribu tu derrrrrr!! T_T

Sunday, April 15, 2012

Kaca dan Permata

Kalo hang rase hang hebat, cuba hang pegi dekat orang yang hebat2… konpem hang rase hang ni kecikkk jah.. Macam daun2 kering.. xdak orang nak ambik tahu.. Selagi hang duk stay dalam environment biasa ja, yang mana Allah bg hang kelebihan yang mana orang-orang sekitar hang x ada, mmg hang rasa hang ni macam permata.. yang lain suma kaca… Cuba try pi dekat longgokkan permata.. Haaaaa… sape lagi nak pandang hang!! Open-mouthed smile

 

 




nota jari extra comel: Berhijrah la kalau nak improve diri.. jangan berada di takuk lama dan jangan toleh blakang lagi..

Saturday, April 14, 2012

Foot@Food?

 

Foot itu kaki, food itu makanan, bunyi mmg sama, tapi maksud dan bentuknya berlainan.. Memang sewel la sape yang cakap makanan dan kaki mempunyai bentuk yg sama.. Namun foot dan food ini ada kaitan nya..  Sbg contoh:

 



Lokasi: KFC


“Pekerja: Ye Encik? Makan atau take away?


“Saya: Emm.. Saya datang sini nak makan ayam.. bukan nak MAKAN KAKI.. bukan nak cari gaduh la tu maknanya..hehehe(troll face)”


Hehehe..pandai dak? tu la kaitan nya.. Bercakap pasal makanan, untuk sape2 yang belum tahu, Burger King ade wat promotion skang ni.. RM10 untuk 2 set.. Satu set tu ade burger, fries dan ayaq yang boleh refill skali.. Murah tuh.. Jadi, melantaklah sebelum terlambat. Dan bagi peminat burger seantero dunia, boleh la ke KAW2 BURGER untuk makan burger diorg yang skang nih mmg glamer dsebbakan ke’besaran’ burger itu sampai kena cucuk lidi.. kalau tak nnti jatuh.. Nak tahu try sendiri.. Wangsa maju pn ade .. Tapi kena tnggu sejam la baru dapat.. Orang ramai sangat sampai beratur atas jalan..


    Hari tu sampai eksiden 3, 4 buah kreta sebab barisan menunggu dekat burger tersebut panjang sangat…………………………….(tipu je)

Thursday, April 12, 2012

JOM SAYANG ULAMA’

2012-04-13 14.35.17

Bangga melihat TGNA bersama2 ulama’ hebat yang lain. Tapi masih ada sesetengah pihak yang sanggup mencaci ulama’ sebegini.



Jom sayang ulama’..=)

Soal Jawab PTPTN: Kita Mampu Hapuskan PTPTN

Klik link ini untuk pautan: Link

 



P.S: MESTI BACA!!

Weekend

Weekend? Masa untuk berehat? mimpilah.. exam derrr… Banyak lagi mau setadi dalam badan yang masih xbape nak sihat.. Merajuk kot sebab sakit-sakit pun tetap melalak.. Nasib baik sore semalam xpecah.. Sore xbape elok lagi.. Aigoo..  Nasib baik gua xpegi johor a.k.a program GPMS tuh.. kalu tak naye jugak.. Dengan tak sihat nye, dengan nak stadi exam nye, n btw, sepatutnye hari ni aku tengah sibuk duk jual laptop dah..

 

 

 


“ Bang! Laptop bang.. Asus Laptop.. Murah bang!! Lai3…. “
Ahak3.. Kenangan PC Fair yang lepas memang mencuit hati… Sesekali ade jugak tersebut ‘Asos Laptup’.. Pastu gelak sengsorang.. Haha… Ade sekali tu waktu tengah keje, tengok la pakcik ni tengah berjalan punye la serius.. bawak kotak sebijik.. Aku pun mencelah la di tengah jalan beliau..
”Pakcik! Laptop pakcik.. pakcik nak cari laptop ape ye?”
”Pakcik: Hang jangan tak buat aku lagi panas!! Aku dah cukup panas dah ni!!!!”

Allah tempat mengadu

Kadangkala hati resah.. Beban masalah datang mmg tanpa amaran.. Bila hati resah seakan semangat hilang.. Senyuman sudah pasti dipaksa2.. Huh.. Persembahan sudah habis.. Walaupun secara generalnya tidak memuaskan, tapi yg penting sudah buat yg terbaik.. Walau abg ‘walid’ cakap mengecewakan coz his expectation tnggi, tapi apa kan daya.. Mic sy slow bang.. Dan hati kembali resah dibebani masalah yg kian menerjah.. Hari isnin depan dah exam.. Macam mana mau fokus dengan hati yg sebegini..=) ahh.. aku perlukan ketenangan.. Tiada lagi tempat mengadu selain Allah.. yg kekal abadi.. tidak akan pergi…

Monday, April 9, 2012

SALA SAMA2

Selesema sebenarnye.. Dugaan.. Biase nak sembuh selesema punye la sekejeap.. But now I dun know why its takes a long time to heal..(kecek org putes tuu..) tapi xpo, ni semua dugaan dari Allah.. Ya Allah, permudahkanlah.. Khamis ni hambamu ini kene menyanyi.. T_T..Amin…

Kembali

Hai.. kembali lagi.. macam chispmore kan? azam nak update blog tu memang sentiasa ade.. takut2 pembaca ade yang tertunggu2 cerita baru(bajet aretis wooo..boooo)..ok cukup..Open-mouthed smile  Nak update tapi tiap kali mesti terpikir banyak lagi keje lain yang bertangguh.. Al-maklumlah bile dah dekat fourth year ni banyoklah aii esaimennye.. Tapi ape2 pun, sejak last update blog ni hingga lah tarikh post ini, banyak benda dah berlaku.. drpd selipar hilang sampai lah kucing beranak.. hihi..

Dipendekkan cerita, sekarang masih menyibukkab diri dengan setadi yang memang sentiasa sebuk dengan esaimen oleh abang2 pensyarah.. kakak xde sem ni..

 

Sunday, January 29, 2012

EIT: Kisah seribu satu malam

Capture
Amacam? Nampak best tak? PHOENIX FAR EAST SDB BHD, company untuk Engineering Industrial Training yang aku secara rasmi nya dah diterima dengan elaun 400 tak termasuk elaun makan dan minyak. Maknanya tambah tolak bahagi darab punca kuasa dua ade la dalam 600 lebih kot.
TAPI… nampak senang, tapi penuh dengan seribu satu cerita.. Tak tahu nak klafikasikan kategori ape.. Kalo nak rasa lawak, jadi lah cerita lawak.Open-mouthed smile

     Suatu pagi yang hening lagi aman damai(sebab semua da balik kampung), aku dengan bermalas-malasan bangunla dari tido, mandi untuk bersiap pergi interview syarikat phoenix ni di batu caves. Nak tahu kenapa nama dia batu caves dan bukan batu belah batu bertangkup, saya tak tahu. Boleh tanya warga emas di sana. Jadi, dipendekkan cerita lokasi phoenix punye company ni saya langsung tak tahu.
     Al-maklumlah kilang, xkan dalam kilang ada tempat karaoke.. Kalau ada tempat karaoke dalam kilang tu, konpem saya tahu lokasi dia kat mana.. hehe..pandai dak? Jadi pada malam before kejadian itu, saya telah check GOOGLE MAP dan kemudian dengan bangganya mengisytiharkan bahawa saya tahu tempat tersebut setelah merujuk GOOGLE MAP tadi.Rujuk dibawah.
Untitled

Lawak di TV1

Saje nak test.. 10 minit yang lepas aku bukak la TV1.. Waktu tu jam menunjukkan 7.59 malam. Tiba-tiba, keluar la countdown kat TV1, countdown ke pukul 8…OK.. Jom kira sama-sama..

7.59.55…7.59.56…7.59.57…7.59.58…7.59.59…teeeeeeettttttt.. Pemberita: Pukul 8.00 malam! (Maknanya berita nak start la tu..hee)

 

Before berita tu, ingt x mesti ada die buat summary atau orang panggil ape eh.. emm, yang die tunjukkan tajuk2 berita utama seimbas lalu before start yang asal panjang punye.. Biasanya dibuat 10 saat dipermulaan berita tu..

Yang aku nak ceghita kat sini nih, hang tau apa summary berita yang awai2 tu?

Yang pertama:

1. Ds Najib memperkuatkan jentera UMNO, yakin UMNO bakal menang besar.

 

Yang kedua:

2.Penduduk Mogok kerana janji pembangkang yang tidak ditepati

 

Aku yang tengah tengok tv tergelak je.. bukan sebab apa, sbb mmg dah agak dari awal lagi TV1 mmg akan kluarkan berita macam tu.. Macam dah xde berita lain nak ceghita.. Kes curi, rogol, samun berlambak, tapi berita politik jugak yang diorang nak siar..sial lah..ops.. sejak bile aku pandai cakap camni ni? Ampun makkkk…T_T

Sunday, January 22, 2012

Tiket wayang free, korang ada?:D

20 tahun yang lalu, aku ada masuk peraduan.. Umm..ok aku tipu.. bulan lepas aku masuk peraduan..hehe.. Peraduan ni senang bangat.. Kalau ada orang nak bagi tiket wayang free, korang nak tak? Mestilah nak kan. Kalo orang suh korang tulis esei 20 muka surat berformat "kalau aku sebatang pensil", dan hadiahnya 4keping tiket wayang korang nak tak? Mestilah x nak kan? haha.. Tapi tiket wayang ni korang boleh dapat dengan senang-senang je. Silap2 korang tengah seronok makan mamee monster dekat tangga rumah, tiba2, "posto2!"..

Posmen: Ni ada surat untuk Cameron Diaz.
Pemenang: Oh saya la tu.
Posmen: Tu surat dari Asia Media Tv tuh. Cuba bukak.. Yea2..Dapat tiket free.
Pemenang: Oh ok..saya bukak.. (Bukak) Eh ye laa.. Tiket free..YEA MENANG!!
Posmen: Yeaa! Menang jugakk!
Pemenang: Eh2..awak ni..Dah xde surat dah ke nak hantar?
Posmen: Eh lupa..haha.. Papai..

Haaa... nampak..easy as ABC..(tapi zaman tadika dlu, ABC tu susah ape)
Jadi apa tunggu lagi, sila lah layari
atau pun like Facebook Asia Media TV:
FB: Asia Media TV

dan join je mana-mana peraduan dengan menjawab soalan-soalan mudah dan kacang.
contohnya seperti dibawah:

Hadiahnya tiket wayang free lah. Soalan da la peanut butter!
Aku da penah join sekali, iaitu contest cite "Sesuatu Yang Tertinggal"..
Sekali je join, terus menang.Posmen hantar ke tangga rumah.Haha.. Ape lagi join la sekarang! :D

















Gambar: Tiket wayang yang dimenangi

Misi menyelamat

Misi menyelamatkan ikan.

        Bngun pagi tengok kolam ikan depan teratak aku da kering airnye. Tak tahu mamat mana pegi minum.Tapi dalam keadaan yang cukup gentar, melihat ikan2 yang sudah dihujung tanduk, hanya menunggu lafaz kalimah syahadah, aku dengan pantas, melompat dan berjoget kegembiraan.. eh bukan.. melompat dan mencari paip air, dan kemudian mentopup air ke kolam tersebut. Alhamdulillah, nasib ikan yang malang itu dapat diselamatkan. Kalo ikan itu mati salah siapa? Bukan salah ibu ikan itu yang mengandung kerana ibunya xpandai pasang paip. So, salah tuannye yang memelihara sampai ayaq kering pun xtopup.. Panass sekarang ni woo.Kadar sejatan ayaw meningkat.. Janganla kita meyiksa binatang.. Nanti diorg akan seksa kita balik di akhirat kelak..^^
















Gambar: Kolam

R.U.M.A.H

Bersabarlah hati.. walau apa pun, itu rumahku, walau susah, itu rumahku.. Berat bahu menanggung, tapi nun di sana jauh lebih berat.. Bersabarlah hati.. Hanya ungkapan senyap dapat menenangkan. Kdangkala memang brat menanggung beban masalah yang tak pernah tamat. Walau hati selalu berkata kan ada bgia di sana.. Masalah keluarga yang tak pernah berakhir. Tak sah andai tidak melihat titisan air mata ibu tiap kali pulang. Namun apa yg mampu hanya melihat. Mereka tidak tahu hati ini menanggung seribu beban disebalik senyuman yang kadang kala palsu. Aku letih melihat abg-abg. Mungkin bile ibu sudah meninggal, baru tangisan sesalan kan jatuh.Jangan, sudah terlambat.. Kan tetap ku usaha tabahkan hati menanggung setiap beban yang terlihat dimata. InsyaAllah, takkan ku menangis kerna kupercayai doa sahabat2 tetap bersama.Sabarla ibu, kan tiba masa bgia berkunjung. Allah itu mahal adil.

Thursday, January 19, 2012

Ni ada cite hot! :D

Ingt lagi post aku before this? Post tentang fitnah dan umno..( Link: http://sebiruhari-ini.blogspot.com/2012/01/kisah-fitnah-dan-umno.html)

 Hari ni baca paper tup2 ade pemfitnah ni da mintak rupenye dekat wardina.. Bagus dik, mengaku salah kena mintak maaf..eh..sejak bile aku ade adik..hik3.. tgk kat bawah..bukan bawah kerusi..gambar bawah line ni..:D





































kilik gambar untuk tumbesaran.
Credit : Sinar Harian

Wednesday, January 18, 2012

Kisah Fitnah dan UMNO

Post kali ni, sy ingin mengulas dengan lebih panjang sedikit berbanding sebelum ini. Apa yang akan sy luahkan bukan lah berpaksikan pegangan atau ikutan saya, tapi hanyalah pendapat peribadi dari sekeping otak yang dianugerahkan Allah. Terpulang kepada mana-mana individu ingin menyokong atau membantah secara total.

Apa yang dapat sy lihat, permainan sesetengah pihak, yang mana sy tidak menolak bahawa puak ini adalah puak UMNO, dilihat semakin menjadi2 sejak kekalahan Saifuk Bukhari dalam kes perbicaraan liwat Anwar Ibrahim. Meskipun Anwar Ibrahim sudah dibebaskan dari tuduhan ada sahaja fitnah2 lain yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim.

Sy pernah terbaca satu statement daripada ulama terkenal dunia, Yusuf Al-Qaradawi, tentang pandangan beliau berkaitan kes Anwar. Beliau berpendapat menurut undang-undang Islam, Anwar sebenarnye tidak bersalah kerana kes beliau tidak mempunyai saksi dan bukti yang cukup, dan yang paling penting kes Anwar ini berlanjutan buat satu tempoh yang lama sehingga mengaibkan Anwar itu sendiri. Islam sama sekali tidak akan mengaibkan umatnya. Namun tanggal 901(9 Jan) menyaksikan kes liwat tersebut telah berakhir dimana Anwar dibebaskan dengan keputusan tidak bersalah. Keputusan tersebut seharusnya diterima oleh semua rakyat, namun masih ada yang membantah keputusan itu. Sebenarnya, majority bukan mahukan pihak-pihak mane yang menang, tapi mereka sudah jelak dengan kes anwar ini yang sudah lama berlanjutan tanpa arah tuju, dan kini, setelah keputusan diumumkan, kes ini sepatutnya mula dilupakan, bukannya kembali dibantah dan dipanjangkan lagi.

Namun apa yang mengejutkan, 2 hari selepas keputusan liwat itu diumumkan, akhbar Berita Harian sekali mempamerkan berita hangat bahawa Anwar menyokong golongan gay. Berita tersebut ditulis hanya kerana satu video anwar yang ditemuramah oleh BBC dan yang paling menyedihkan, quote atau ulasan dari anwar dalam temuramah berikut hanya diambil sekerat sahaja dan kemudian diwar-warkan sebagai menyokong golongan seks sejenis. Indahnya fitnah bagi puak UMNO. Motif mereka hanya ingin memburukkan Anwar seburuk mungkin . Saya xingin mengulas tentang video tersebut tapi saya ingin saudara sendiri melihat video tersebut, versi penuh, bukan seperti yang dibuat oleh Berita Harian yang mengambil sekerat sahaja ulasan dan kemudian memfitnah sebegitu rupa. Klik link dibawah untuk pautan video tersebut:

BBC News - Anwar Ibrahim wants free elections

Thursday, January 12, 2012

Kalo berani, cuba jawab mana lagi best.:D

image

                                (Mcd)

 

                 vs.

 

DSC00585

                         (Biskut cicah milo)

Friday, January 6, 2012

Kartun Menarik

Credit: http://9gag.com/gag/1600503?ref=fb-share

Jawapan kepada Fitnah Ustaz Azhar


Isu fitnah zina terhadap Ustaz Azhar Idrus oleh seorang blogger(http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/) sememangnya menggemparkan negara kita.Mana2 sj orang duk cakap pasal ni. Tapi ni semua tak lebih dari fitnah, dan moga si penyebarnya beroleh hidayah. Ustaz Azhar langsung tidak gentar dan berkata bahawa "Sabar senjata paling berkuasa" di laman facebooknya. Dan akhirnya, seorang sahbat Ustaz Azhar yang sering mengikutnya ke mana shj tampil menulis jawapan lengkap terhadap fitnah blogger tersebut:
*Ditulis dengan loghat Terengganu.Tak paham boley tanya dekat ruangan komen.

Amanat DSAI kpd Seluruh Rakyat Malaysia : Luangkan 5 minit untuk membacanya

Pesanan DSAI Kepada Rakyat Malaysia Assalamualaikum dari Anwar Ibrahim buat rakyat Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! AMANAT DS ANWAR IBRAHIM - MENJELANG PRU 13 Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya. Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua. Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula.

Beza sambutan tahun baru PR dan BN

Thursday, January 5, 2012

Labelling Dari Perspektif Penulis


Labelling? Apa itu labeling? Dari segi maksud dan definisi boleh rujuk kamus dewan atau sheikh Wikipedia. Sy xnak copy dan paste shj disini. Namun, apa yg ingin sy fokuskan pd post kali ini adalah bukan hanya tentang definisi, tapi tentang dimana berlakunya labeling ini. Ia satu perkara yg pada kita mungkin amat biasa dan boleh berlaku pada semua peringkat masyarakat, namun adakah sesiapa menyedari bahawa kesannya boleh menjadi nanah yg akan merebak, parah. Lihat contoh perbualan hamba Allah di bwh ini:

Dialog 1:
“ Apsal aku tgk mamat tu macam pelik je. Muka ganas.. konpem kaki pukul!”
Dialog 2:
“Aku geram betul dengan minah sorg ni.ade ke patut die report kat makwe aku pasal aku.. memang pengkhianat..”

Melalui dialog diatas, secara jelas kita boleh Nampak bahawa dialog 1 dan 2 melabelkan individu tersebut  sbg kaki pukul dan pengkhianat, dan perbezaan antara dua dialog tersebut adalah dialog A, mamat itu dilabel sbg kaki kaki pukul melalui penampilan dan minah B tu pula melalui tingkah laku, tapi kedua-duanya membawa kpd labeling.

Sunday, January 1, 2012

3 Dalam 1

Assalamualaikum dari pemilik belog yang xhensem macam tuannye ini.. 3 dalam 1 bukanlah iklan product untuk dijual tapi sebagai shortform untuk:

Heppi Niuuu Yeeeee

Heppi Fainel Exam (final exam pun kena heppi)

Selamat Menyertai Kempen Bebas Anwar 901

Hehe..Paham dah? xpaham jugak pegi balik tadika.. eh tadika ke tabika? dari dulu lg aku konpius.. bley sape2 tolong jawab? jawab je depan laptop.. xpayah gatal2 nak tulis..hak3.. Ape azam korg untuk tahun baru? Menjadi orang yang berguna? bagus.. Jangan jadi orang tak guna.. Bercakap tentang fainal x-xem ( tiada dalam kmus dewan), aku da habes satu subjek.. baru satu tapi rase da macam habis 10 subjek.. Macam tu lah penangan Math 5 yang betul2 mengganggu dan menghantui hidupku ini.. Dengan carry mark yang bukan saje xcukup makan, minum pun xcukup jugak.. Terpaksa lah aku menstresskan diri buat kali pertama untuk stadi math sampai thap kepala ni dah oberload tak boleh masuk..perghh..
     Tapi yang penting math da habes.. Tinggal lagi AMPAT exam iaitu:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

http//hairishazwan.com©

Officially Designed by Hairi Shazwan
Launched on 14th May 2011

  © BLOG DESIGN Inspiration by YiE@Art Effects StuDiOs 2011

Back to TOP