Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.
Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.dan memeluk Islam..
Begitulah kisah kekasih Allah...begitu tulus dan mulia hati baginda..ambil lah sedikit masa.. Sama2 menghayati kisah perjuangan Baginda bersama para sahabat...pahit dan manis.. Begitu agung pengorbanan Baginda..Ya Allah..Kalau diberi peluang untuk ku menatap wajah kekasihMu ini,aku bersumpah bahawa tiada yg lebih berharga daripada itu..
Teringat sebuah lagu nyanyian munsyid In-Team bertajuk Pemergianmu..Sebuah lagu yg cukup menyentuh perasaan..menceritakan saat2 kewafatan Baginda..Sehinggakan abg2 In-Team turut mengalirkan air mata ketika recording untuk lagu ini..
PemergianmuAlbum : Tiada Lagi Kasih
In-Team
(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu
Betapa beruntungnya kita menjadi Ummat Baginda..Ummati..Ummati..kalimah yg keluar disaat kewafatan Baginda..Betapa Umar tidak dapat menerima kawafatan Baginda..Betapa tulusnya hati Bilal Bin Rabah,tidak mampu untuk melaungkan kalimah 'Asyhadu anna muhammada Rasulullah!!' ketika azan di kota Madinah Al-Munawwarah selepas kewafatan Baginda,sehingga mengalirkan air mata ..Sejenak,imbas kembali kisah Mustapha Kamal Attartuk Laknatullah!! Rasulullah bermandi darah,membina sebuah empayar Islam..begitu berat perjuangan Baginda demi menegakkan sebuah kerajaan Islam..susah senang bersama para sahabat..membangunkan sistem khilafah selama 1300 tahun.. Namun,Mustapha Kamal Attartuk Laknatullah ini begitu mudah menjatuhkan sistem khilafah ini pada zaman empayar turki sehinggalah sekarang..Balasannya,jasadnya tidak terima bumi diwaktu pengebumian..tanah menolaknya keatas...dan dia dikebumikankan di atas bumi..
Bilakah saat dimana sistem khilafah akan dibangunkan semula?? Dimanakah pemimpin yg bakal menyambung kembali perjuangan Baginda?? Dimanakah pengganti Salahuddin Al-Ayubi ?? Dimana Umar?? Dimana pengganti Al-Khawarizmi?? Ibnu Sina?? Dimana............
1 comment:
menyentuh perasaan.syukran jazilan
Post a Comment