Friday, December 18, 2009

Ahlan wasahlan..1 Muharam..=)

Jom doa dulu..=)

Doa Akhir & Awal Tahun

DOA Akhir Tahun dibaca tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah :

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekelian alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Ya Allah, wahai Tuhanku, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak reda dan tidak melupakannya dan Engkau berlembut tidak mengazabkan aku malah memberi peluang supaya aku bertaubat selepas menceburkan diri melakukan maksiat itu.
Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku dan mana-mana perbuatan yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhainya dan Engkau janjikan ganjaran pahalanya.
Maka aku memohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah aku lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.


Doa Awal Tahun dibaca tiga kali selepas maghrib pada malam satu Muharam:

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan sekelian alam. Rahmat dan sejahtera ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, sedia ada, tiada permulaan.
Kelebihan-Mu Maha Besar dan kemurahan-Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, aku mohon kepada-Mu agar terpelihara di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada konco-konco syaitan dan bala tenteranya.
Aku juga bermohon kepada-Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Aku mohon juga kepada-Mu akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diriku kepada Mu.
Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia, Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat.

Sedar xsedar dah satu muharam..teringat satu lagu nasyid nih..lagu yg group sy nyanyi masa pertandingan nasyid peringkat negeri ms drjah 5.."satu muharam detik perjuangan...." tu je yg ingt..haha..huk3.. cakap psl taun baru,semestinye masing2 ada azam baru..kalu yg xde tuh ada2 kanlah.. Ambil kesempatan ni untk same berhijrah..darpd yg buruk kpd yg baik..yg baik kpd yg lebih baik..yg mungkar kpd yg maaruf..yg mazmumah kpd yg mahmudah... Ambil sedikit masa untuk bermuhasabah...menilai kembali apa yg dah kita lakukan dan apa yg kita masih belum lakukan dan apa yg kita mesti lakukan sebelum Izrail dtg melaksanakan perintah Yg Maha Agung..=) Sekurg2nya kita masih sedar akan kewujudan tarikh 1 Muharam ni..tu lah yg membezakan kita dgn sesetengah golongan yg langsung xtau pasal taun baru Islam ni.. 3 hari bfore 1 Muharam ni,sy pegi servis kereta dkat sbuah workshop Cina.. Masa dia duk service kete sy tuh,dia tanya kat sy dan kawan sy..
Cina:
"Lu olang cuti 3hali lagi kn?"

Sy:
"Cuti?Cuti ape la.(bisik2 ngn kwn..) cuti ape bos?"

Cina:
"La..itu lu olang punya taun balu maa.."

Sy:
"Oh betul2..kenapa bos?mau bg diskaun ka?"

Cina:
"x ada diskaun maa..sulah mulah loo.."(ayat cina..paham2 je lah..haha)

Mesejnye kat sini,nak bgtau yg org kafir zimmi ni pun tau pasal satu muharam..kita sbg org islam?so,tepuk dada tanya iman..tp jgn kuat sgt,nanti sakit.. tap jgn slh paham ngan dialog kat atas yer..sy bukan xtawu..tapi terlupa seketika kerana kesibukan duniawi..hehe..lagho2..

Berckp psl hijrah,apa agak2nya perubahan kat blog sy ini agaknya yer..sy bercadang untuk membeli domain .com xlama lg.. murah je..38rnggit setaun..but,ondaway la..tgk pd keperluan yg lain dlu..scholar bkn byk pn.. ^^ dlm tmpoh bbapa mggu sblm nih,byk jgk sy ditimpa mslh.. tp alhamdulillah,smuanya selamat.. moga2 taun baru nih membawa lebih keberkatan dan rahmat dan rezeki yg berkat..dan juga lebih amalan kpd YG MAHA PENCIPTA..jazakallah..ukhuwwah fi sabilillah abadan 'abada...


Gambar hiasan semata2..trip2 minggu ptama kat uia..hehe..lagho2..


3 comments:

Ain Izzaty said...

takpe, kesusahan tu penghapus dosa.. jd, kite kene bersyukur kalo Allah bg ssh. sbb tu tandanya Dia syg kita =)

selamat tahun baru..

Hairi Shazwan© hairi.shazwan@student.iium.edu.my said...

yup..mg ni aien jd pakar motivasi pun bley..:) hehe.. slmt taun baru..take care my fwen..

Faaizz d. Zul said...

My Wishes in 2010
God gives You…
12 Month of Happiness,
52 Weeks of Fun,
365 Days Success,
8760 Hours Good Health,
52600 Minutes Good Luck,
3153600 Seconds of Joy…and that’s all!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

http//hairishazwan.com©

Officially Designed by Hairi Shazwan
Launched on 14th May 2011

  © BLOG DESIGN Inspiration by YiE@Art Effects StuDiOs 2011

Back to TOP