Salam alaik'
Mencari mardhatillah
Sejak akhir-akhir ini, Malaysia sering digemparkan dengan isu-isu panas berkaitan agama yang mana bukan lagi isu panas, tetapi sbg satu petanda bahawa manusia ini amat tidak bersyukur dengan rahmat yg Allah Taala kurniakan.. Isu hudud? Manifesto politik? Kalimah-kalimah biasa yang tertulis di laman-laman blog penulis blogger yang kreatif dalam mengutarakan pendapat-pendapat sendiri sehingga ada yang mengolah mengikut logik akal dan nafsu..
Berbalik kepada tajuk diatas, apa yang dimaksudkan ketidakseimbangan 'spiritual' dan 'material' itu ialah apabila manusia sudah mula berani untuk menolak hukum dan syariat Allah dan mendahulukan hal keduniaan walhal mereka alpa dan lupa bahwa dunia ini siapa yang punya? Begitulah yang terjadi pada negara Malaysia pada masa sekarang lebih-lebih lagi tentang isu hudud yang sudah bermula sejak zaman tok nenek moyang kita dan mungkin tidak akan berakhir hingga Yaumul Qiamah. Masing-masing mengutarakan pendapat dan hujah berdasarkan sumber yang berlainan iaitu ilmu, logik akal, nafsu dan kepentingan sendiri dan lain-lain lagi.
Sebenarnya hudud ini bukanlah satu isu, tetapi satu cabang islam yang telah disyariatkan Allah untuk dilaksanakan, dibincang,dihayati dan sebagainya. Tetapi apabila ada pihak yang cuba menegakkan hukum Allah Taala ini, meraka dianggap umpama menegakkan benang yang basah, dan dilayan seperti seorang musuh politik yang sedang membentangkan manifesto pilihanraya. Sedangkan apa yang dibentangkan selari dengan apa yang difirmankan Allah Taala dalam Al-Quran Al-Karim. Dan lebih buruk lagi ada sesetengah manusia yang sanggup memperlekehkan hukum Allah yang mulia ini.
Sebenarnya hudud ini bukanlah satu isu, tetapi satu cabang islam yang telah disyariatkan Allah untuk dilaksanakan, dibincang,dihayati dan sebagainya. Tetapi apabila ada pihak yang cuba menegakkan hukum Allah Taala ini, meraka dianggap umpama menegakkan benang yang basah, dan dilayan seperti seorang musuh politik yang sedang membentangkan manifesto pilihanraya. Sedangkan apa yang dibentangkan selari dengan apa yang difirmankan Allah Taala dalam Al-Quran Al-Karim. Dan lebih buruk lagi ada sesetengah manusia yang sanggup memperlekehkan hukum Allah yang mulia ini.
Kita yang mendengar merasa takut, tapi mereka yang bertutur langsung tiada perasaan gerun kpd pembalasan Allah Taala. Jika Malaysia dilanda bala bencana, tak usah dikaji apa puncanya kerana jelas, terang, lagi bersuluh apa sebabnya.
“Dan apabila dikatakan kepada mereka, janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab, "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan." Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar.”
(Al-Baqarah, Ayat 11-12)
Hanya dua golongan utama yang wujud dimuka ini iaitu yang hidup berlandaskan agama dan juga yang hidup mengejar harta dan mengamalkan Islam secara liberal. Tak hairanlah jika ada suatu ketika dulu, dimana kisah seorang muslim yang sanggup menggadai agama kerana sejumlah wang yang ditawarkan oleh paderi kristian. Mengikut hukum Islam, golongan ini wajar dipancung oleh pemerintah setelah usaha-usaha membetulkan akidahnya gagal. Namun, ape yang terjadi pada zaman sekarang, betapa ramai orang melayu yang murtad, belum lagi dicampur dengan mereka yang tidak sembahyang. Tepuk dada tanya Iman, apa yang kita mahukan sebenarnya.Islam atau wang berjuta-juta. Islam tidak menghalang umatnya menjadi kaya, tapi biarlah agama itu didahulukan. Jangan sampai kaya kerana untung berjuta-juta hasil perjudian di Genting Highland.
Berbalik kepada isu hudud, perlu kita faham bahawa Islam ini bukan agama yang zalim. Tapi agama sarwajagat yang mulia dan sesuai sepanjang zaman. Suatu ketika dulu, saya pernah mendengar siaran radio tentang isu hudud dan tiba-tiba ada seorang pemanggil memberi komen bahawa hudud itu undang-undang zalim dan tak wajar dilaksanakan. Saya hanya mampu menggelengkan kepala. Betapa ceteknye pemikiran dan terbukti akidah sesetengah umat Islam di Malaysia masih lagi di takuk lama, rendah.
Tapi persoalannya kemana perginya pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam memberi penerangan kepada saudara seislam kita seperti pemanggil radio tadi? Adakah mereka masih lagi menjadi syaitan bisu yang takut untuk bersuara. Hudud itu tidak zalim, malah hudud itu hukum yang sempurna datang dari Allah Taala. Dan Islam itu juga tidak zalim. Kalau hudud itu dilaksanakan esok, dan Malaysia menjadi kucar kacir, terbukti Islam itu zalim.Tapi tidak kerana Islam menerangkan bahawa hudud itu perlu dilaksanakan secara berfasa atau berperingkat.
Tapi persoalannya kemana perginya pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam memberi penerangan kepada saudara seislam kita seperti pemanggil radio tadi? Adakah mereka masih lagi menjadi syaitan bisu yang takut untuk bersuara. Hudud itu tidak zalim, malah hudud itu hukum yang sempurna datang dari Allah Taala. Dan Islam itu juga tidak zalim. Kalau hudud itu dilaksanakan esok, dan Malaysia menjadi kucar kacir, terbukti Islam itu zalim.Tapi tidak kerana Islam menerangkan bahawa hudud itu perlu dilaksanakan secara berfasa atau berperingkat.
Bukan bermaksud ia perlu dilaksanakan membuta tuli. Maksud berfasa itu ialah rakyat Malaysia mesti melalui proses penerangan yang mendalam tentang hudud ini supaya mereka faham siapa pencipta hudud ini. Adakah DS Najib yang mencipta? Atau Tuan Guru Nik Aziz? Atau Anwar Ibrahim? Tidak. Allah yang menciptanya untuk dilaksanakan di bumu ini kerana Allah tahu ada sesetengah kesalahan yang manusia tidak mempu untuk menanganinya dengan akal dan Allah turunkan hudud ini sebagai penyelesaian, namun manusia sombong dengan menolak secara bulat-bulat, malahan mengutuk dan menghina seolah-olah mereka lah raja didunia ini.
Satu situasi yang pelik yang sedang berlaku di negara kita ialah pemimpin-pemimpin bermati-matian mempertahankan ISA dan AUKU yang terbukti ciptaan manusia dan mungkin hanya retorik semata, namun mereka secara total menolak hukum hudud dan qisas yang terbukti ciptaan Allah Taala.Hudud itu mesti dilaksanakan, namun ianya secara berfasa dan mesti ada usaha untuk menerangkan tentang hikmahnya disyariatkan hukum hudud itu namun persoalannya disini apa yang kerajaan lakukan untuk memberi penerangan? Langsung tidak ada malahan mereka menolak secara total dengan berkata hudud tidak sesuai dilaksanakan pada zaman ini. Wahai hamba Allah, Allah telah menjawab semua kenyataan kamu itu sebelum kamu dilahirkan lagi.
Allah SWT berfirman dalam surah Fathir, ayat 31 yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan hambaNya lagi Maha Melihat dan Memerhatikan."
“Dan hendaklah kamu menghukum (memerintah) di kalangan mereka itu dengan apa yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada kamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka itu.” (Surah al-Maidah : Ayat 49)
Akhir kalam, dalam mengejar matlamat di dunia, utamakan agama Allah. Jangan menghina apa yang Allah syariatkan kerana azabNya terbukti tidak tertanggung. Allah itu Maha Penyayang, buktinya Dia tidak menghukum kita di dunia ini tapi di akhirat kelak. Berbeza berbanding kaum-kaum terdahulu. Moga akan lahir seorang pemimpin yang akan membawa Malaysia ke jalan yang diredhai Allah, yang mampu untuk memimpin keluarganya dan rakyat jelata.
Mohd Hairi Shazwan Bin Jali
No comments:
Post a Comment