Sunday, January 29, 2012
EIT: Kisah seribu satu malam
Amacam? Nampak best tak? PHOENIX FAR EAST SDB BHD, company untuk Engineering Industrial Training yang aku secara rasmi nya dah diterima dengan elaun 400 tak termasuk elaun makan dan minyak. Maknanya tambah tolak bahagi darab punca kuasa dua ade la dalam 600 lebih kot.
TAPI… nampak senang, tapi penuh dengan seribu satu cerita.. Tak tahu nak klafikasikan kategori ape.. Kalo nak rasa lawak, jadi lah cerita lawak.
Suatu pagi yang hening lagi aman damai(sebab semua da balik kampung), aku dengan bermalas-malasan bangunla dari tido, mandi untuk bersiap pergi interview syarikat phoenix ni di batu caves. Nak tahu kenapa nama dia batu caves dan bukan batu belah batu bertangkup, saya tak tahu. Boleh tanya warga emas di sana. Jadi, dipendekkan cerita lokasi phoenix punye company ni saya langsung tak tahu.
Al-maklumlah kilang, xkan dalam kilang ada tempat karaoke.. Kalau ada tempat karaoke dalam kilang tu, konpem saya tahu lokasi dia kat mana.. hehe..pandai dak? Jadi pada malam before kejadian itu, saya telah check GOOGLE MAP dan kemudian dengan bangganya mengisytiharkan bahawa saya tahu tempat tersebut setelah merujuk GOOGLE MAP tadi.Rujuk dibawah.
Lawak di TV1
Saje nak test.. 10 minit yang lepas aku bukak la TV1.. Waktu tu jam menunjukkan 7.59 malam. Tiba-tiba, keluar la countdown kat TV1, countdown ke pukul 8…OK.. Jom kira sama-sama..
7.59.55…7.59.56…7.59.57…7.59.58…7.59.59…teeeeeeettttttt.. Pemberita: Pukul 8.00 malam! (Maknanya berita nak start la tu..hee)
Before berita tu, ingt x mesti ada die buat summary atau orang panggil ape eh.. emm, yang die tunjukkan tajuk2 berita utama seimbas lalu before start yang asal panjang punye.. Biasanya dibuat 10 saat dipermulaan berita tu..
Yang aku nak ceghita kat sini nih, hang tau apa summary berita yang awai2 tu?
Yang pertama:
1. Ds Najib memperkuatkan jentera UMNO, yakin UMNO bakal menang besar.
Yang kedua:
2.Penduduk Mogok kerana janji pembangkang yang tidak ditepati
Aku yang tengah tengok tv tergelak je.. bukan sebab apa, sbb mmg dah agak dari awal lagi TV1 mmg akan kluarkan berita macam tu.. Macam dah xde berita lain nak ceghita.. Kes curi, rogol, samun berlambak, tapi berita politik jugak yang diorang nak siar..sial lah..ops.. sejak bile aku pandai cakap camni ni? Ampun makkkk…T_T
Sunday, January 22, 2012
Tiket wayang free, korang ada?:D
Posmen: Ni ada surat untuk Cameron Diaz.
Pemenang: Oh saya la tu.
Posmen: Tu surat dari Asia Media Tv tuh. Cuba bukak.. Yea2..Dapat tiket free.
Pemenang: Oh ok..saya bukak.. (Bukak) Eh ye laa.. Tiket free..YEA MENANG!!
Posmen: Yeaa! Menang jugakk!
Pemenang: Eh2..awak ni..Dah xde surat dah ke nak hantar?
Posmen: Eh lupa..haha.. Papai..
Haaa... nampak..easy as ABC..(tapi zaman tadika dlu, ABC tu susah ape)
Jadi apa tunggu lagi, sila lah layari
Gambar: Tiket wayang yang dimenangi
Misi menyelamat
Bngun pagi tengok kolam ikan depan teratak aku da kering airnye. Tak tahu mamat mana pegi minum.Tapi dalam keadaan yang cukup gentar, melihat ikan2 yang sudah dihujung tanduk, hanya menunggu lafaz kalimah syahadah, aku dengan pantas, melompat dan berjoget kegembiraan.. eh bukan.. melompat dan mencari paip air, dan kemudian mentopup air ke kolam tersebut. Alhamdulillah, nasib ikan yang malang itu dapat diselamatkan. Kalo ikan itu mati salah siapa? Bukan salah ibu ikan itu yang mengandung kerana ibunya xpandai pasang paip. So, salah tuannye yang memelihara sampai ayaq kering pun xtopup.. Panass sekarang ni woo.Kadar sejatan ayaw meningkat.. Janganla kita meyiksa binatang.. Nanti diorg akan seksa kita balik di akhirat kelak..^^
Gambar: Kolam
R.U.M.A.H
Thursday, January 19, 2012
Ni ada cite hot! :D
Hari ni baca paper tup2 ade pemfitnah ni da mintak rupenye dekat wardina.. Bagus dik, mengaku salah kena mintak maaf..eh..sejak bile aku ade adik..hik3.. tgk kat bawah..bukan bawah kerusi..gambar bawah line ni..:D
kilik gambar untuk tumbesaran.
Credit : Sinar Harian
Wednesday, January 18, 2012
Kisah Fitnah dan UMNO
Post kali ni, sy ingin mengulas dengan lebih panjang sedikit berbanding sebelum ini. Apa yang akan sy luahkan bukan lah berpaksikan pegangan atau ikutan saya, tapi hanyalah pendapat peribadi dari sekeping otak yang dianugerahkan Allah. Terpulang kepada mana-mana individu ingin menyokong atau membantah secara total.
Apa yang dapat sy lihat, permainan sesetengah pihak, yang mana sy tidak menolak bahawa puak ini adalah puak UMNO, dilihat semakin menjadi2 sejak kekalahan Saifuk Bukhari dalam kes perbicaraan liwat Anwar Ibrahim. Meskipun Anwar Ibrahim sudah dibebaskan dari tuduhan ada sahaja fitnah2 lain yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim.
Sy pernah terbaca satu statement daripada ulama terkenal dunia, Yusuf Al-Qaradawi, tentang pandangan beliau berkaitan kes Anwar. Beliau berpendapat menurut undang-undang Islam, Anwar sebenarnye tidak bersalah kerana kes beliau tidak mempunyai saksi dan bukti yang cukup, dan yang paling penting kes Anwar ini berlanjutan buat satu tempoh yang lama sehingga mengaibkan Anwar itu sendiri. Islam sama sekali tidak akan mengaibkan umatnya. Namun tanggal 901(9 Jan) menyaksikan kes liwat tersebut telah berakhir dimana Anwar dibebaskan dengan keputusan tidak bersalah. Keputusan tersebut seharusnya diterima oleh semua rakyat, namun masih ada yang membantah keputusan itu. Sebenarnya, majority bukan mahukan pihak-pihak mane yang menang, tapi mereka sudah jelak dengan kes anwar ini yang sudah lama berlanjutan tanpa arah tuju, dan kini, setelah keputusan diumumkan, kes ini sepatutnya mula dilupakan, bukannya kembali dibantah dan dipanjangkan lagi.
Namun apa yang mengejutkan, 2 hari selepas keputusan liwat itu diumumkan, akhbar Berita Harian sekali mempamerkan berita hangat bahawa Anwar menyokong golongan gay. Berita tersebut ditulis hanya kerana satu video anwar yang ditemuramah oleh BBC dan yang paling menyedihkan, quote atau ulasan dari anwar dalam temuramah berikut hanya diambil sekerat sahaja dan kemudian diwar-warkan sebagai menyokong golongan seks sejenis. Indahnya fitnah bagi puak UMNO. Motif mereka hanya ingin memburukkan Anwar seburuk mungkin . Saya xingin mengulas tentang video tersebut tapi saya ingin saudara sendiri melihat video tersebut, versi penuh, bukan seperti yang dibuat oleh Berita Harian yang mengambil sekerat sahaja ulasan dan kemudian memfitnah sebegitu rupa. Klik link dibawah untuk pautan video tersebut:
Thursday, January 12, 2012
Friday, January 6, 2012
Jawapan kepada Fitnah Ustaz Azhar
Isu fitnah zina terhadap Ustaz Azhar Idrus oleh seorang blogger(http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/) sememangnya menggemparkan negara kita.Mana2 sj orang duk cakap pasal ni. Tapi ni semua tak lebih dari fitnah, dan moga si penyebarnya beroleh hidayah. Ustaz Azhar langsung tidak gentar dan berkata bahawa "Sabar senjata paling berkuasa" di laman facebooknya. Dan akhirnya, seorang sahbat Ustaz Azhar yang sering mengikutnya ke mana shj tampil menulis jawapan lengkap terhadap fitnah blogger tersebut:
*Ditulis dengan loghat Terengganu.Tak paham boley tanya dekat ruangan komen.
Amanat DSAI kpd Seluruh Rakyat Malaysia : Luangkan 5 minit untuk membacanya
Thursday, January 5, 2012
Labelling Dari Perspektif Penulis
Sunday, January 1, 2012
3 Dalam 1
Hehe..Paham dah? xpaham jugak pegi balik tadika.. eh tadika ke tabika? dari dulu lg aku konpius.. bley sape2 tolong jawab? jawab je depan laptop.. xpayah gatal2 nak tulis..hak3.. Ape azam korg untuk tahun baru? Menjadi orang yang berguna? bagus.. Jangan jadi orang tak guna.. Bercakap tentang fainal x-xem ( tiada dalam kmus dewan), aku da habes satu subjek.. baru satu tapi rase da macam habis 10 subjek.. Macam tu lah penangan Math 5 yang betul2 mengganggu dan menghantui hidupku ini.. Dengan carry mark yang bukan saje xcukup makan, minum pun xcukup jugak.. Terpaksa lah aku menstresskan diri buat kali pertama untuk stadi math sampai thap kepala ni dah oberload tak boleh masuk..perghh..
Tapi yang penting math da habes.. Tinggal lagi AMPAT exam iaitu: