Post kali ni, sy ingin mengulas dengan lebih panjang sedikit berbanding sebelum ini. Apa yang akan sy luahkan bukan lah berpaksikan pegangan atau ikutan saya, tapi hanyalah pendapat peribadi dari sekeping otak yang dianugerahkan Allah. Terpulang kepada mana-mana individu ingin menyokong atau membantah secara total.
Apa yang dapat sy lihat, permainan sesetengah pihak, yang mana sy tidak menolak bahawa puak ini adalah puak UMNO, dilihat semakin menjadi2 sejak kekalahan Saifuk Bukhari dalam kes perbicaraan liwat Anwar Ibrahim. Meskipun Anwar Ibrahim sudah dibebaskan dari tuduhan ada sahaja fitnah2 lain yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim.
Sy pernah terbaca satu statement daripada ulama terkenal dunia, Yusuf Al-Qaradawi, tentang pandangan beliau berkaitan kes Anwar. Beliau berpendapat menurut undang-undang Islam, Anwar sebenarnye tidak bersalah kerana kes beliau tidak mempunyai saksi dan bukti yang cukup, dan yang paling penting kes Anwar ini berlanjutan buat satu tempoh yang lama sehingga mengaibkan Anwar itu sendiri. Islam sama sekali tidak akan mengaibkan umatnya. Namun tanggal 901(9 Jan) menyaksikan kes liwat tersebut telah berakhir dimana Anwar dibebaskan dengan keputusan tidak bersalah. Keputusan tersebut seharusnya diterima oleh semua rakyat, namun masih ada yang membantah keputusan itu. Sebenarnya, majority bukan mahukan pihak-pihak mane yang menang, tapi mereka sudah jelak dengan kes anwar ini yang sudah lama berlanjutan tanpa arah tuju, dan kini, setelah keputusan diumumkan, kes ini sepatutnya mula dilupakan, bukannya kembali dibantah dan dipanjangkan lagi.
Namun apa yang mengejutkan, 2 hari selepas keputusan liwat itu diumumkan, akhbar Berita Harian sekali mempamerkan berita hangat bahawa Anwar menyokong golongan gay. Berita tersebut ditulis hanya kerana satu video anwar yang ditemuramah oleh BBC dan yang paling menyedihkan, quote atau ulasan dari anwar dalam temuramah berikut hanya diambil sekerat sahaja dan kemudian diwar-warkan sebagai menyokong golongan seks sejenis. Indahnya fitnah bagi puak UMNO. Motif mereka hanya ingin memburukkan Anwar seburuk mungkin . Saya xingin mengulas tentang video tersebut tapi saya ingin saudara sendiri melihat video tersebut, versi penuh, bukan seperti yang dibuat oleh Berita Harian yang mengambil sekerat sahaja ulasan dan kemudian memfitnah sebegitu rupa. Klik link dibawah untuk pautan video tersebut:
BBC News - Anwar Ibrahim wants free elections
Mungkin sudah menjadi budaya puak-puak UMNO menjadikan fitnah sebagai amalan, dan senjata untuk menjatuhkan kredibiliti seseorang lebih-lebih lagi apabila seseorang itu cenderung kearah pembangkang. Sekiranya seseorang itu cenderung kearah TGNA, dia pasti dilabelkan sbg pembangkang dan reputasinya sudah tidak selamat lg. Bak kata seorang guru, zaman sekarang, sesiapa sahaja golongan yang dikenali ramai, sekiranya tidak menyokong kerajaan pasti reputasinya sudah tidak selamat lagi. Mungkin 2,3 hari selepas itu dia akan dihujani fitnah yang tidak tahu dari mana datangnya. Sudah banyak yang menjadi mangsa selain Anwar Ibrahim. Yang paling terbaru, kes wardina safiah dimana rumahnya dirompak sehingga anak-anaknya trauma. Tapi blog-blog UMNO dengan bangganya memfitnah bahawa kes Wardina Safiyyah hanya lakonan sahaja.Cuba search di google, pasti berlambak kenyataan tentang fitnah lakonan rompakan Wardina Safiyyah.Tidak tahu dimana motifnya sehingga difitnah sebegitu rupa. Mungkin kah hanya kerana Wardina Safiyyah menyokong Islam dan Pakatan Rakyat? Sila lihat kenyataan dibawah, kenyataan jiran wardina tentang kes rompakan itu:
Dipetik dari Facebook.
Selain dari itu ramai lagi individu yang difitnah oleh puak UMNO seperti UIA(Ustaz Azhar Idrus). Sudah menjadi fenomena anak remaja sekarang menjadikan Ustaz Azhar Idrus sebgai rujukan agama disebabkan cara penyampaian beliau yang sangat santai dan lucu, mampu diterima segenap lapisan masyarakat dan sarat dengan ilmu. Sesetengah individu mendakwa UAI diterima hanya kerana lawak bodohnye tetapi disini saya menyatakan bahawa saya membantah sama sekali tuduhan bodoh itu kerana UAI diterima oleh masyarakat kerana ilmunya dan penyampaiannya yang sgt santai. Kalau tidak masakan rumate saya dan saya sendiri menjadikan buku soal jawab UAI yang bertajuk: “ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA” sebgai koleksi untuk rujukan.
Golongan remaja dan pelajar pada zaman sekarang begitu mengkagumi UAI sehinggakan ceramahnya tidak pernah kosong, malahan penuh hingga tidak cukup tempat duduk. Lihat sahaja ceramahnya bersama zizan semasa mlm tahun baru, sangat mendapat sambutan, masing2 berkopiah dan bersongkok(termasuk zizan) sehingga mengalahkan Battle of the Band anjuran kerajaan pusat. Tidakkah itu satu benda yang membanggakan apabila anak muda lebih tertarik kepada acara keilmuan, ceramah secara santai lebih daripada acara hiburan seperti Battle of the Band. Tapi ianya tidak akan diwar2kan dalam akhbar pro-Umno. Samalah seperti rakyat Kelantan didikan TGNA yang bersolat ditempat duduk masing-masing sebelum bermulanya perlawanan bola. Satu fenomena yang cukup indah. Tapi adakan pernah ianya diwar-warkan dalam berita harian ataupun utusan Malaysia? Tidak sama sekali.
Berbalik kepada isu fitnah UAI, baru2 ini kita digemparkan dengan isu fitnah. Tak perlu lah saya ulaskan lg disini kerana saya pernah jelaskan dalam post sebelum ini.(Link: http://sebiruhari-ini.blogspot.com/2012/01/jawapan-kepada-fitnah-ustaz-azhar.html)
Terlalu banyak yang ingin diceritakan. Kalau dulu isu Bob Lokman yang menyertai PAS untuk memperjuangkan agama teruk dikutuk dan dikecam oleh puak UMNO. Salahkah dia menyertai PAS kerana insaf dan ingin mendalami agama? Itu hak masing-masing. Sebagai manusia yang dianugerah oleh Allah sekeping otak untuk berfikir, teliti dan siasat dulu berita yang kita baca. Jangan terima secara bulat-bulat. Ingat bahawa fitnah itu lebih teruk dari membunuh.
Al-Baqarah (2) : 191 وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُم مِّنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ وَلاَ تُقَاتِلُوهُمْ عِندَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِن قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ كَذَلِكَ جَزَاء الْكَافِرِينَ 2.191. Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah); dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu (di tempat itu), maka bunuhlah mereka. Demikanlah balasan bagi orang-orang kafir. Al-Baqarah (2) : 193 وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لاَ تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلّهِ فَإِنِ انتَهَواْ فَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِينَ 2.193. Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim.
No comments:
Post a Comment