Labelling? Apa itu labeling? Dari segi maksud dan definisi boleh rujuk kamus dewan atau sheikh Wikipedia. Sy xnak copy dan paste shj disini. Namun, apa yg ingin sy fokuskan pd post kali ini adalah bukan hanya tentang definisi, tapi tentang dimana berlakunya labeling ini. Ia satu perkara yg pada kita mungkin amat biasa dan boleh berlaku pada semua peringkat masyarakat, namun adakah sesiapa menyedari bahawa kesannya boleh menjadi nanah yg akan merebak, parah. Lihat contoh perbualan hamba Allah di bwh ini:
Dialog 1:
“ Apsal aku tgk mamat tu macam pelik je. Muka ganas.. konpem kaki pukul!”
Dialog 2:
“Aku geram betul dengan minah sorg ni.ade ke patut die report kat makwe aku pasal aku.. memang pengkhianat..”
Melalui dialog diatas, secara jelas kita boleh Nampak bahawa dialog 1 dan 2 melabelkan individu tersebut sbg kaki pukul dan pengkhianat, dan perbezaan antara dua dialog tersebut adalah dialog A, mamat itu dilabel sbg kaki kaki pukul melalui penampilan dan minah B tu pula melalui tingkah laku, tapi kedua-duanya membawa kpd labeling.
Labeliing boleh berlaku pada semua peringkat, subjek dan sbgnye dan dalam area politik, contoh paling dekat dapat kita lihat ialah Anwar dilabelkan sbg pengkhianat bangsa oleh kerajaan.Labelling boleh berlaku dari sekecil2 peringkat hinggalah ke sebesar yg boleh kerana labeling suatu benda yg sukar untuk dibendung dan tiada dalam constitution of Malaysia. Namun, sejauh mana kah kesan labeling ini? Saya tidak ingin mengulas tentang labeling dalam bidang politik kerana mungkin itu terlalu jauh untuk kita fikir dan renung.
Saya cuma ingin mengulas tentang labeling di kalangan kita, namun mungkin ianya sedikit berkaitan dengan politik. Islam mengajak kita untuk sentiasa berfikir secara positif. Walhal kita melihat dua org lelaki dan perempuan, jgn kita melabelkan mereka sbg couple tanpa usul periksa, Islam berkata, fikirlah secara positif, sbelum kamu mngetahui bukti dan kesahihan sesuatu perkara itu.
Namun, fenomena yg berlaku pada zaman sekarang, masing-masing melabelkan manusia di sekitar mereka hanya berdasarkan penampilan, penglibatan, perbuatan dan sebagainya. Dan lebih menyedihkan lagi sekiranya perkara tersebut dihebohkan dikalangan rakan-rakan mereka dan akhirnya membawa kepada budaya mengumpat ataupun fitnah. Sekiranya ini berlaku, nescaya kamu telah berlaku zalim terhadap saudara kamu. Bagi mereka yg melabelkan seseorang tanpa menghebohkan, atau dengan kata lain hanya dalam hati, ianya masih boleh diterima, tapi yg pasti xkan membawa kepada iman yg sempurna.
Adakan wajar sekiranya kita melabelkan seseorang yg bersongkok tinggi sbg penyokong UMNO? Ataupun kita melabelkan mereka yg berkopiah putih sbg penyokong Pas? Ataupun contoh yg lebih dekat dengan saya sendiri, apabila kita melabelkan ahli Maaruf Club sebagai pengikut pas dan ahli GPMS sebagai pengikut UMNO? Ianya amatlah tidak tepat kerana secara umum, kelab itu mungkin secara senyap mewakili sesuatu parti, tapi ia tidak bermakna labeling itu melibatkan semua ahli kelab tersebut.
“I’m confius about your writing. Which party are you belong actually?”
Soalan di atas sebenarnya sudah biasa kita dengar dan banyak lagi soalan yg mirip dengan soalan diatas. Jelas saya katakan disini, sesiapa yg mengutarakan soalan tersebut ternyata tidak matang sama sekali. Kepartian bukan sesuaau yg boleh disoal secara terang. Pada pendapat saya, kepartian seseorang tidak perlu dicampurkan dengan pergaulan dan sebagainya kerana disebabkan itulah ramai antara kita bertegang urat hanya kerana perbezaan ideology politik.
“MEREKA YG MENGAMALKAN POLITIK ISLAM TIDAK AKAN SAMA SEKALI MEROSAKKAN SILLATURRAHIM MEREKA HANYA KERANA POLITIK.”
Kata-kata diatas dari seorang tokoh yang saya kagumi. Jadi, sebelum melabelkan seseorang itu, fikirlah secara positif dahulu dan cari peluang untuk bertanya dengan cara yang paling berhemah.
No comments:
Post a Comment