Sunday, January 1, 2012

3 Dalam 1

Assalamualaikum dari pemilik belog yang xhensem macam tuannye ini.. 3 dalam 1 bukanlah iklan product untuk dijual tapi sebagai shortform untuk:

Heppi Niuuu Yeeeee

Heppi Fainel Exam (final exam pun kena heppi)

Selamat Menyertai Kempen Bebas Anwar 901

Hehe..Paham dah? xpaham jugak pegi balik tadika.. eh tadika ke tabika? dari dulu lg aku konpius.. bley sape2 tolong jawab? jawab je depan laptop.. xpayah gatal2 nak tulis..hak3.. Ape azam korg untuk tahun baru? Menjadi orang yang berguna? bagus.. Jangan jadi orang tak guna.. Bercakap tentang fainal x-xem ( tiada dalam kmus dewan), aku da habes satu subjek.. baru satu tapi rase da macam habis 10 subjek.. Macam tu lah penangan Math 5 yang betul2 mengganggu dan menghantui hidupku ini.. Dengan carry mark yang bukan saje xcukup makan, minum pun xcukup jugak.. Terpaksa lah aku menstresskan diri buat kali pertama untuk stadi math sampai thap kepala ni dah oberload tak boleh masuk..perghh..
     Tapi yang penting math da habes.. Tinggal lagi AMPAT exam iaitu:

Ds
DOM
Manu P
IC (bukan identity card)

Jadi doakan saye moga beroleh rahmat dan pertolongan sewaktu exam tak kiralah dalam bentuk apa sekali pun..hehe..
Dan menulis tentang Kempen Bebas Anwar 901, penah dengar tak? ia tiada kaitan langsung dengan anwar jiran sebelah rumah anda mahupun anwar si penjual ikan di psar payang kuala trengganu, tapi ia adala Ds Anwar merangkap Ketua Pembangkang yg mana dahulunye penah dipenjara selama 6 tahun dipenjara Sg. Buloh atas kesalahan salah guna kuasa, tapi sebenrnye dikhianati oleh rakan sekerja..
  Jadi kes liwat 2.0 beliau yang sebenarnye hanyalah misi politik UMNO akan diumumkan keputusannya pada 9 Jan nnti.. kenapa 9 jan? Tu yg aku pelik tuh.. Hehe. Tapi ape2 pun bagi mereka yang menyokong Ds Anwar, turunlah untuk menyokong beliau...:)

   Yang seterusnye berkaitan kebangkitan Mahasiswa Malaysia yang sekarang semakin hangat! Terbaru, demo di depan UPSI menyaksikan seorang pemimpin pelajar, Safwan Anang, dibelasah teruk, parah oleh FRU yakni barua UMNO.. Yang panasnye, bile tgk TB3 boleh die cakap pelajar tu cedera sebab diri sendiri yg langgar cermin klinik..perghh..panas2.. Semakin kuat mengampu2 UMNO.. haihhh.. buletin tv3 da jd berita UMNO dah..kempen politik.. macam mana la org xmarah.. Kepada Mahasiswa, jgn salah faham terhadap mahasiswa2 ini.. Mereka bukan menimbulkan kekecohan tapi anggota polis yang menimbulkannya.. Tak kira demo ape pun, dorg tau belasah, belasah, belasah! Belasah dorg kn baru tau.. Majlis peguam cakap..

"Polis xleh buat camtu.mereka sepatutnye mengawal demi memastikan demo tersebut berlaku secara aman.. Kalo diorg memberontak pun, polis sepatutnye mengikut SOP(Standard Of Procedure)..bukannya membelasah.."

See! Petikan ni di ambik oleh akhbar sinar harian bertarikh 2 Januari 2012. Peguam ni pakar undang-undang dan mereka tahu mane betul n mane yg xbetul.. So, tepuk dada tanya iman! =) adiosss!!

6 comments:

munadhia said...

konfius....before this, macam ada terbaca kamu join gpms...which party sbenarnya ni? owh, saja tanya...=) atau mgkin sy silap paham...

Sebiru Hari Ini© said...

which party? mksud kamu? just to remind, gpms uiam not belongs to UMNO.never ever..=)

faaizz d. zul said...

saya tak rasa kamu jelas mengikuti 100% perkembangan isu Anuar untuk turun ke demo 9 Januari. secara personal saya rasa isu ni tak lebih dari drama ulangtayang sempena election.

saranan saya ialah: tak perlu turun ke demo kalau belum pasti apa yg diperjuang dan teruskan mengkaji kebenaran kemudian bukukan mereka dalam bentuk penulisan2 ilmiah yg boleh mendominasi rakyat.

mungkin yang itu lebih baik. mungkin. anda berhak untuk tidak bersetuju...


ha
ha
ha

Sebiru Hari Ini© said...

different mind different word.. you are free to speak brother..=) Even ade golongan yang tinggi ilmunya, menyokong dan ada yang menentang.. Apa-apa pun pada mereka yang nak turun, jaga tata tertib! Biarkan ianya jadi betul2 perhimpunan aman.. hehe

munadhia said...

skadar terfikir dan bertanya...maaf sangat andai x menyenangkan penulis...bukan bermaksud melabel apa2 atau sape2...tp...setiap sesuatu tu boleh dikaji dan diselidik balik kan...=) sama2 kita cuba semak balik jawapan yg dibuat, dan pilihlah jawapan yang kita rasakan terbaik dan paling hampir dengan kebenaran dan kesyumulan...

maksud saya sama2 kita kaji dan teliti dasar sesebuah perjuangan, jangan kita ikut membuta tuli...takut2, kita terlalu menurut kata hati sedang ikut kata hati mati...ikutlah kata iman dan akidah yang terpatri dalam diri...insyaAllah, yang benar tetap benar dan Allah menjanjikan kemenangan kepada yang benar insyaAllah...

ini sekadar kata renungan dan nasihat utk diri sy sndiri..mgkin takde kaitan pon dengan apa2 topik...maaf memenuhkan ruangan komen ni....

Sebiru Hari Ini© said...

Komen yg bermanfaat dari cik nadia izyan.. Sy fhm niat baik kamu.. Sy hanya penulis amatur, sgt byk untuk diperbetulkan.. time kasih kasih sbb sudi tulis pnjg2 tnda keihklsan nak mengomen..hehe.. Apa2 pun, yg benar akan tetap menang.. Sama2 mencari mardatillah..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

http//hairishazwan.com©

Officially Designed by Hairi Shazwan
Launched on 14th May 2011

  © BLOG DESIGN Inspiration by YiE@Art Effects StuDiOs 2011

Back to TOP