Saturday, December 24, 2011
Umno ditembak sampai arwah oleh Dwarne Sniper
Jadi aku pun buat la kesimpulan sendiri, UMNO ni mane2 je memang asyik nak kena tembak je.. Kalu main dota jgn letak nama berkaitan dengan UMNO.. sebab nnti mesti korg mati awal.. Sebab hero-hero dota pun benci UMNO.. hehe... Xpercaya tanye la traxex.. Tapi jgn tanye Batrider.. nnti korg kena tarik ngn jaring die..haha
PS: I hate UMNO
Wednesday, December 21, 2011
3 Tips Pantas Blogging Sambil Cari duit
2.Sewaktu blogging, tengok celah-celah kerusi takut ada syiling 5,6 posen ke.Kalu beruntung, jumpe sekeping 50hengget..masyukk masuk poket.
3.Waktu tengah blogging, cuit rakan sebelah..Pau kawan sebelah 5, 6 hinggit buat beli chicken chop..Kalu syg nak belanje, masuk je tabung.. TAPI, jgn salahkan aku kalo kwn hang tu bg penampar free..:D
Tu dier sedikit tips dari saye..Pantas dan berkesan tak? At least mase blogging dpt jgk cari duit..Ye dak? :D
HAHA..jgn marah..
Laptop Murah Laptop Murah
Monday, December 19, 2011
"kalau"lah aku menjadi superman
Aku seorang salesman..(macam tajuk karangan budak sekolah dah)
Sunday, December 18, 2011
Persidangan Agung Tahunan GPMS ke-57 di UIAM( 9,10,11 Dis 2011)
Apabila 'spiritual' dan 'material' tidak lagi seimbang.
Sebenarnya hudud ini bukanlah satu isu, tetapi satu cabang islam yang telah disyariatkan Allah untuk dilaksanakan, dibincang,dihayati dan sebagainya. Tetapi apabila ada pihak yang cuba menegakkan hukum Allah Taala ini, meraka dianggap umpama menegakkan benang yang basah, dan dilayan seperti seorang musuh politik yang sedang membentangkan manifesto pilihanraya. Sedangkan apa yang dibentangkan selari dengan apa yang difirmankan Allah Taala dalam Al-Quran Al-Karim. Dan lebih buruk lagi ada sesetengah manusia yang sanggup memperlekehkan hukum Allah yang mulia ini.
Hah??
Ade sape2 nak tolong update blog ni x? Sebab saya malas! =p sekian untuk post kali ini..
(update? better than never)
Friday, October 7, 2011
DADIH OHSEM? Cubaan yang bagus!
OK.. nak aku nak promote? memang pun..hehe.. ni iklan dadih yang dinamakan dadih ohsem yang akan dijual di salah satu gerai starbaz(gerai ana muslim)… Di buat secara professional yang terlatih oleh rumate aku..hehe.. Jadi nak tau best atau tak, jom try.. jgn lupe singgah gerai ana muslim dan menjerit..”mai dadih ohsem satu!!” sambil buat gaya ohsem… haha..aku nak beli DUA.. bukannye satu.. tapi DUA..banyak tu..haha..
*pasni aku nak mintak komisen dari sipembuat..
blog sipembuat: KasutKungfu Blog
Kekeliruan antara bangsa dan agama?
Ramai yang sama sekali tidak bersetuju jika ade yang berkata:
" Aku ingin jadi bangsa melayu yang hebat..." ayat kontroversi ni.. setiap orang ade pendapat masing2.. Semalam aku ade jugak berdiskusi dengan sorg rakan..bertanyakan pendapat dier tentang tajuk di ats ni.. dan aku setuju dengan ape yang dikatakan..
Kita jangan sesekali mengagungkan bangsa melebihi segala-galanya sehingga melebihi agama Islam sendiri.. Islam samakali tidak pernah menyuruh kita mengagungkan bangsa sehingga timbulnya semangat assobiah..
Tetapi jadikan bangsa itu sebagai medium.. Aku sebagai salah seorang ahli mjlis tertinggi gpms uia mmg terfikir tentang perkara ini memandangkan gpms uiam merupakan nation-base society iaitu bangsa melayu..
Wednesday, October 5, 2011
Sleepy or Slurrpii?
Abaikan tajuk sebab xde kaitan.. OK.. Sejak akhir2 ni aku terlalu mudah mengantuk.. I mean bile waktu mlm la.. baru aje nak start stadi, udah berzikir2 mengantuknye.. Malam xdak plak aih.. Memang aku belum sihat sepenuhnye lagi. Hidung pun duk sok-sek sehingga mengganggu ketenteraman orang lain. Bersin pun sampai buat orang melompat terperanjat, tapi xkan sebab ni aku mengantuk.. Ubat pun xmakan.. Jadi ape yang patut dibuat ialah amek nescafe..bernas x? atau kome ade cadangan lain? Sile2 lah kongsi dengan ate(ate=saye) kat sini ni.. Baru semalam tertido kat katil waktu buat report lab.. Nasib baik bangun subuh terus sambung koje.. Kalo x kosong la report aku.. Mengantuk oh mengantuk.. tolong la bg cadangan supaya xmengantuk lg.. =)
Tuesday, October 4, 2011
Takut untuk berdiri dihadapan? Tips-tips ringkas insyaAllah berguna.
Mostly people memang takut untuk berdiri di hadapan sbb gugup ataupun xde idea untuk bercakap ape2.. Jadi aku nak kongsikan sedikit tips2 ringkas yang insyaAllah berguna.. Bergantunglah kome nak gune atau tak.. ate bagi je..
1.Banyakkan membaca buku2 ilmu atau isu2 semasa.
2.Apabila berada dihadapan, jgn takut untuk bercakap.. Apa yang terlintas cakap je selagi bukan sesuatu yang bertentangan dengan Islam..
3.Apabila bercakap jangan pandang belakang.. eh silap.. I mean jangan pandang audience atau pendengar, tapi pandang objek-objek lain seperti tiang dll.. Jangan malu dengan tiang..hehe
4.Apabila melangkah ke hadapan, berdiri dengan tenang, ambil masa 2-3 saat untuk pandang semua audience sambil menarik nafas slow2..then baru bercakap..
5Jangan takut untuk tersasul atau tersilap cakap.. itu perkara yang biasa.. kalau tersasul, jdkan benda tu sbg sense of humor..
6.Biasakan diri untuk keluar ke hadapan untuk bercakap.. Selagi kita tak membiasakan diri, selama tu lah kita akan sentiasa rasa gugup..
Gugup adalah benda biasa.. Dulu waktu aku join Pertandingan Nasyid Solo Marhaban di ASTRO, abg mc tu sempat bg tips2 kat aku before aku perform.. Katanya:
“Nanti kalau atas pentas, jgn gugup.. pandang objek2 atau tiang.. abg ni dah lame jadi mc astro punye event..bertahun2 dah.. tapi sampai sekarng masih ada rasa gugup.. gugup xboleh buang, tapi boleh kawal..”
See? So sama2lah kita berusaha.. Zaman sekarang result bukan result yang paling menjadi ukuran, tapi communication skill..=) adios!!
Monday, October 3, 2011
Book: Najib Perdana Menteri Terakhir
Sebuah buku yang menarik karya SHAHBUDIN HUSIN.. Masih lagi dalam pembacaan, dah siap baca nanti aku buat review pasal buku ni ok..=)
Bagi mereka yang rasa berminat, boleh dapatkan buku ni di mana2 tmpat jual buku.. Kite tgk sama ada teori penulis ni akan berlaku atau tidak pada
pilihan raya ke13 nanti.. ( Aku kata akan berlaku..hehe) Buat makluman pembaca, buku ni jugak ditulis oleh ahli UMNO sendiri…
Sunday, September 25, 2011
Gitar
Bukan senang tapi bila dah handal, memang lazat.. walau hujung jari berkuping2, tapi tengok lah after satu tempoh nnti aku kan pandai buat lagu sendiri..hehe..
baru 2 bulan, da gheti streaming ngan plucking( eja ikut suke je..fail!) .. xpe2.. sabor2.. bukan senang nak senang.. bukan susah nak susah.. bagi yang baru nak belajar tu, sabar dan tabah.. kite boleh buat!! oyeahhh..
SERUMPUN 2011
Kenal Habiburrahman El Shirazy? Penulis novel islamik yang cukup popular dengan karya yang hebat. Tak lame lagi, satu program melibat kan penulis hebat ini dan beberapa pelakon ketika cinta bertasbih
akan datang ke program tersebut. Jadi sape2 yang berminat nak pegi boleh rujuk poster kat bawah ni..(tenung bawah dalam2)
Sila bukak fb serumpun ni untuk info lebih lanjut..
( moga2 aku dapatt tiket free.hehe..)
Friday, September 23, 2011
Thursday, August 18, 2011
Diari RAMADHAN
Alhamdulillah, aku dipertemukan lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak Kareem pd tahun ni dan Alhamdulillah aku bakal menjalani ibadah puasa sebulan dirumah.. Kehadiran Ramadhan Al-Mubarak Sgt2 aku nantikan.. sejuk hati menerima kedatangan bulan mulia ini dengan seribu satu azam, untuk memperbaiki diri dan sebagainya.. Aku mulakan Ramadhan Al-mubarak dengan penuh bersemangat dengan laungan azan yg mendayu2 di surau.. Hati ibarat sangat bahagia di saat ramadhan hadir.. Walau waktu seharian langsung tiada tanggung jawab, memandangkan cuti, tapi aku tbhkn hati yang penuh kesunyian ini, meluangkan masa yg ada dengan membelek kitab suci Al-Quran, mahupun software uquran di hp aku.. Tapi itu bukan lah suatu yg boleh dibanggakan lg memandangkan ramai lg muslim menyambut Ramdhan dengan Qiamullail dan ibadah2 yg besar pahalanya.. Dan memang, aku perlu majukan lg diri untuk Ramadhan skrg dan yang akan datang.. Saat bilal melaungkan selawat, tarawikh didirikan seperti Ramadhan-Ramadhan sebelumnya dan saat imam membacakan doa antara tarawikh, aku menghayati segenap maksud doa.. menginsafi diri yg hina ini, hamba mu Ya Allah Taala.. dengan azam yg makin membara, ingin memperbaiki diri, menjadi individu yg berguna, anak yg soleh, suami yg taat pd Allah..
Detik waktu bulan Ramadhan sememangnya adalah rahmat untuk umat islam.. Dikala keseorangan, diri terbawa2 untuk bermuhasabah, betapa teruknya diri.. Hari demi hari dibulan Ramadhan dilalui penuh qanaah, bersajikan makanan yg kadang kala mewah, kadang kala bersedrhana yg di masak istimewa oleh ummi tersayang.. Hari2 kesunyian dilalui dgn tabah yg pada waktu itu masih bertemankan zaujah ku di masa hdpn.. Detik ramadhan membawa seribu keinsafan, tanpa gangguan syaitan2 yg telah dirantai kemas, pintu2 syurga terbuka luas..
Tanpa godaan syaitan yakni musuh seluruh manusia, tgn kembali ringan untuk membelek2 naskhah Al-Karim, dipagi hari stelah bersahur, mlm dsbgainya.. Insan-insan sibuk berlumba-lumba mengerjakan ibadah.. sejuk aku tgk.. dan begitulah hari-hari di bulan ramadhan kareem berlalu melepasi bulan purnama.. 14 ogos tarikh yg menggembirakan aku.. dan selang beberapa hari, Allah turunkan dugaan nya pada aku.. sgt perit.. dugaan yg aku xjangka, xpinta..dalam aku berazam untuk mendekatimu, dalam aku berazam untuk menjadi suami dan anak yg soleh..aku bagai hilang tumpuan, lupa sejenak yg aku berada di bulan Ramadhan.. Betul kata ahli agama, sekali Allah berfirman kun fayakun, maka ia pasti terjadi.. Betul kata sang pendita, sekali kesilapan dibuat, semua kebaikan pasti akan dilupakan.. Betul kata pemuisi islam, keihlasan ibarat semut hiitam diatas batu yg hitam, dalam bilik yg sgt gelap. Takkan ade yg mampu melihatnya kecuali Allah.. Aku ikhlas dan biarlah sekadar Allah yg tahu.. kerna aku sedar aku bukan insan baik, dan jauh sekali mulia.. Kuteruskan hidup yg berbaki, tanpa aku ketahui hala tuju masa depan aku selepas ini.. Moga Allah berikan aku peluang.. Dan kini masih lagi dibulan Ramadhan , menempuhi hari-hari keseorangan, seakan semangat ku sudah hilang..hati dan akal berperang.. hanya coretan mampu ku luah, berdakwatkan air yg jatuh dari pipi yg kasar..aku tidak putus asa. Cuma aku pasrah.. Andai aku layak, kupohon penuh ihsan dan ikhlas, datanglah kembali.. Moga aku beroleh kembali semangat untuk mengejar lailatul qadr yg kuazam2 sblm ini.. yg mana kini.. aku..tak�.
Thursday, June 23, 2011
end of semester
agak sedih jgk lah bile dengar apa yg die cakap.. walaupun dia lecturer, tapi dengan student dia selalu merendah diri. terbaekk.. by da way, may Allah bless him and his family.. Smlm jgk last quiz thermo dan Alhamdulillah aku dpt jwb dgn baik.. bile kuar tu, smpt jgk aku snap gambar dak2 kelas aku yg masih tgh wat quiz lg..
Sunday, June 5, 2011
Berakhirnye weekend yg..
"Aku : Hadi,tepon moksu(loghat ala2 teranung)
Hadi : Jap..(satu perkataan sdh cukup untuk menunjukkn dia org kl)
..hujan masih lagi lebt teramat..
Saturday, May 28, 2011
Aku dilamar..
Sunday, May 22, 2011
Miracle??
Saturday, May 21, 2011
Syabas Devotees!
10 Fakta tentang Negara Haram Israel
2. Tahukah anda bahwa setiap bangsa yahudi yang berada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang dilahirkan di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin
3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membedakan antara kaum yahudi dan bukan yahudi
4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat Barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel
5. Tahukah anda bahawa Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk kaum yahudi dan membagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realitinya, Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu
6. Tahukah anda bahawa Amerika memberi dana sebanyak 5 million USD setiap tahun untuk Israel?
7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 18 million USD setiap tahun? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu adalah sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di Benua Afrika?
8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 million USD dari Amerika yang terdiri dari pesawat tempur F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara sekutu utama bagi Israel, maka ia memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kemandiriannya.
9. Tahukah anda bahawa pemimpin Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.
10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak untuk menandatangani larangan penambahan senjata nuklear? Dan menolak pasukan penyiasatan PBB untuk memeriksa tempat penyimpanan nuklear mereka.
Thursday, May 19, 2011
Nasyid kolot and low klasss??
“A: Eh..ko dengar nasyid ke?B: Dengar lah..best woo..macam chicken chopA: Giler kolot.. ape yg bestnye nasyid? Jiwang je banyakB: Wei..kopehal!!(mereka pun terus bertumbuk2)“
Wednesday, May 18, 2011
Tuesday, May 17, 2011
Tips download sepantas kilat:IDM yg hot
Monday, May 16, 2011
Guru Oh Guru
Guru (dari bahasa Sanskrit गुरू) ataupun dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tiusyen (kelas bimbingan). Dalam zaman modern ini guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.(cilok dari wikipedia..haha)
Sunday, May 15, 2011
Faktor-faktor kenape lelaki suka bola:
2.Skill pemain yang memukau dan seterusnya menyebabkan penonton dipukau
3.Suka berangan waktu tgk bola
4.Sebab bola itu bulat,kalau petak konpem xsuka
5.Sebab pengadil dari Malaysia jd penjaga masa( lelaki malaysia shj)
6.Sebagai simbol kemachoan di hadapan gadis2
7.Bola je yang pandai, yang lain tangan kaki dan segala anggota bangku( Kecuali kaki bangku)
8.Suka bertaruh( yang ni kawan baik syaitan durjana)
9.Saje buat kecoh, konon fanatik.. Tanye messi pun xkenal..haprakk
10.Terpengaruh ngan keluarga. Mak ayah layan bola, so anak ikut sama. Si emak melompat tgk ronaldo score, si anak pun sama.
11.Mak sibuk tgk bola waktu mengandung
12.Bola itu cantik
13.xde idea dah
hehe..Sapa makan cili dia terasa pedasnya. Tapi cili merah besar tu tak pedas.So peribahasa ni untuk cili kecik sahaja ok..haha..amende ntah mengarut.
Saturday, May 14, 2011
Raja yang fana
andai tiada sekelumt bahagia
tiada perlu wang bergunung
andai hati hancur dek nafsu
tiada perlu pangkat dan darjat
andai musuh menanti peluang
kawan jadi lawan
iman tergadai, nafsu bermaharajalela
andai syahid bahagia yg mutlak
tunaikanlah wahai Sang Pencipta..
Kau teragung..Ku berserah segalanya..
7 Fakta Kekayaan Bill Gates
1.Setiap saat, Bill Gates menjana pendapatan sebanyak US$250 (RM750) setiap SAAT. Iaitu bermaksud US$20 Million (RM60 Juta) dalam sehari, US$140 Million (RM420 Juta) dalam tempoh 1 Minggu dan US$7.8 Billion (RM23.4 Bilion) dalam setahun!
2.Jika US$1,000 tercicir dari poket Bill Gates, itu bukannya masalah besar bagi dia. Dia akan memperolehi jumlah tersebut dalam masa 4 Saat sahaja.
3.Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion. Jika Bill Gates sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja utk melakukannya.
4.Andai kata, dia mensedekahkan US$15 (RM45) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM15 Juta) dalam simpanannya.
19 kali?
Fakta tentang barca dan man u:
Friday, May 13, 2011
Tahun 2 Sem Pendek 2011
disini saya senaraikan faktor-faktor yang mengdorong saya mengupdate blog:
1.Daos a.k.a rumate telah berjaya mengupdate blognye dan mengpromote kepada sy(ini link http://theskynetdot.blogspot.com/2011/05/tahun-2-sem-pendek-1.html)
2.Ada masa free memandangkan ini sem pendek.
3.Tenet xslow macam kura-kura..tapi laju macam siput..eh2..jap..siput laju ke? ahh..forget ini.. nak cakap laju la tu..hee
4.Semalam sy bermimpi, blog sy berpakaian serba putih datang sambil berkata.."lu update blog esok, gua belanje pizza..amacam?" so, sy trus update hari ni..haha(xde kaitan)
Jadi itulah antara sebab2 kenapa saya update belog ini. Tapi serius, lame giler xupdate.Malas dan sibuk dengan program.. Bercakap pasal program, banyak sangat2 yang nak story kat sini nih..memang seminggu xhabis..sebab sehari dah habis..xfaham? ok..sy pn xfhm apa sy cakap..Merujuk kepada tajuk di atas,
dengan rasminye saya telah mendaftarkan diri untuk belajar dalam tempoh sem pendek di UIA..mestilah uia, xkan oxford plak..heee.. sem pendek ni dua bulan je.. sy amek dua subjek core course, non metallic dan thermofluid..berat tuh, tapi demi ilmu sanggup saya bersusah payah..(argghhh..palsu semata) haha.. dua subjek core course untuk short sem sebenarnye memang berat.. tapi nak xnak kena ambik jgk sebab nak grad on time.. tau2 la engineering uia ni..ade yg sampai sixth year..sepatutnye sampai AMPAT je.. kalo sampai tahun ke 6 memang mereng.. bile la nak kawin..woaaaa...
Belajar di uia ni kadang2 menyeksakan..kenapa? ni dia antara sebab2nye say berkata sedemikian rupa: